11 Antara Amalan Mengalami Tranformasi Tanpa Sedar Dalam Masyarakat:
Satu: Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah. Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga
si mati bagi meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang
hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta
anak yatim yang ditinggalkan simati? Atau harta peninggalan simati belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
- “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi SAW bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
Dua: Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan, bukan ia menambah pendapatan.
Tiga: Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik?
Empat: Kalau menjadi tetamu di rumah
orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa
yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu. Sedangkan yang dituntut
dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah
rasa gembira dan tidak membazir.
Lima: Kalau bersolat sunat di
masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Enam: Bulan
puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan. Tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap
rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Tujuh: Bulan Ramadhan adalah bulan turunkan Al-Quran. Bahkan menjadi amalan tahunan dipertandingkan. Ramai orang Islam baca Al-Quran tetapi tidak tahu, tidak memahami, atau tidak menyeidiki maknanya. Tidak menasabah langsung ramai yang sudah pecen tidak pernah tahu pengertian kitab sumber asas agamanya sediri, sedangkan ribuan buku-buku lain telah ditela'ahi.. Baca Qur'an atau solat, bagai burung tiong berkata-kata!
Lapan: Kalau
nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain..
Sembilan: Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas
mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00
satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun ketar tangan. Bukankah
terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak
dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Sepuluh: Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.
Sebelas: Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan
suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk
suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Sekian. Insya Allah bersambung.
Kuliah URA (Univ Ramadhan Al-Mubarak)
Kuliah URA (Univ Ramadhan Al-Mubarak)
- 9 Isu Ramadhan Menurut Al-Qardhawi siri 1
- E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
No comments:
Post a Comment