Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, |
Ust Fadzil Mohd Noor
Hassan Al Banna (1928-1949),pengasas Ikhwan..
Meneladani kejayaaan Ikhwan
TIDAK syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.
Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir, bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir, bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.
Pemikiran Ikhwan Muslimin
Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan. Iaitu :
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
- didik keluarga dgn cara Islam dan hormati fikrah Islam.
- Dahulukan hak dan Tanggungjawab
- kembangkan aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
5. Bebaskan tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji-panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
Ini asas pendekatan tarbiyah dan dakwah Ikhwan sejak ditubuhkan hingga kini dan atas asas ini gerakan Islam itu mencapai kejayaan. Ahli-ahli Ikhwan ini dididik dengan ilmu dan mencintai ilmu, justeru ilmu adalah senajata ampuh menghadapi musuh. Pernah ketika suatu, pemimpin tertinggi Ikhwan, Abd Qader Audah mengadakan tamrin untuk pendukung Ikhwan di Iskandariah, di sana dia diperkenalkan seorang demi seorang dengan ahli usrah dan mengadakan perbincangan.
Seorang pemuda, ahli usrah, berhujah dengan Abd Qader Audah di majlis itu di mana pemimpin Ikhwan itu sangat kagum dengan hujah yang dikemukakan oleh anak muda itu. Esoknya, Abd Qader Audah pergi ke Pelabuhan Iskandariah dan merenung dari jarak yang tidak begitu jauh, seorang anak muda sedang memikul tepung gandum dari daratan ke pelabuhan untuk diangkut oleh kapal bagi dieksport ke luar negeri.
Abd Qader Audah mengenali anak muda yang memikul guni berisi gandum itu adalah ahli usrah yang berdebat dengannya malam tadi. Barulah dia tahu anak muda itu dengan kepetahan dan ilmunya, adalah hasil didikan Ikhwan di Iskandariah walaupun ia hanya buruh pelabuhan. Inilah hasil didikan Ikhwan dalam membentuk kader-kadernya – mencintai tarbiyah dan dalam masa yang sama mengisi ilmu di dada.
Inilah juga pendekatan Ikhwan di mana-manapun sejak dulu hingga kini. Namun dengan perubahan zaman dan keadaan, Ikhwan membuat pembaharuan pendekatan untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, dengan asas perjuangan Islammya tidak berubah. Pendekatan baru seumpama inilah juga yang dilakukan oleh gerakan Islam An-Nahdah, Tunisia yang dipimpin oleh Rashad Ghanousi hingga mencapai kejayaan dalam Revolusi Jasmin.
Revolusi yang menggulingkan diktator Zain-e-Abidin dan menyebabkan An-Nahdah mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya Tunisia tahun lalu. Pendekatan baru Ikhwan dan An-Nahdah dengan mengadakan anggagement dengan semua golongan masyarakat, termasuk bukan Islam akhirnya menyerlahkan kejayaan besar. Gerakan Islam ini merobah wajahnya dari dilihat bengis, tanpa kompromi, terlalu eksklusif dan tiada tolak ansur kepada dasar terbuka dan lunak.
Sejak berlaku Arab Spring di Mesir, Tunisia dan lain-lain, wajah Ikhwan dan An-Nahdak berubah sama sekali dan pendekatan barunya menghasilkan kejayaan. Di rantau sebelah sini, PAS sebagai gerakan dan parti politik Islam turut mengadakan perubahan imej dan mengadakan pendekatan baru apa yang dipanggil tahalluf-siasi, iaitu mengadakan pakatan dengan parti lain dan hasilnya sangat berjaya.
Inilah perubahan dalam politik dan gerakan Islam masa kini dan PAS mempeloporinya di Nusantara ini.
Adapun kejayaan Ikhwan baru-baru ini telah dibayar dengan harga yang sangat mahal oleh pendukungnya. Ribuan yang mati syahid kerana perjuangan ini, termasuk Imam Hassan Al-Banna, Hasan Hudaibi, Abdul Qader Audah, Syed Qutb dan sebaris nama lagi yang sangat panjang.
Kerana itu apabila pendukung gerakan Islam di mana-manapun merayakan kemenangan Ikhwan Mesir ini, sebenarnya ia merayakan kemenangan gerakan Islam seluruhnya. Pendukung PAS dan Abim sejak lama dulu telah disirami tarbiyah oleh tokoh-tokoh Ikhwan sendiri dan dalam masa yang sama mentelaah buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan yang melimpah di negara ini sejak sekian lama.
Masih segar dalam ingatan saya dan teman-teman yang lain mengenai tarbiyah yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Ustaz Yahya Othman, Ustaz Abdul Hadi Awang dan tokoh lain. Mereka ingin mengingatkan pendukung PAS akan erti istiqamah pada perjuangan, niat yang ikhlas, pengorbanan dan jihad.
Hari ini ketika Ikhwanul-Muslimin menyambut kemenangannya, PAS turut merasa gembira dan bersyukur kepada Ilahi. Ini sebuah kejayaan yang diperoleh dengan perjuangan panjang yang dilatari darah, keringat dan air mata. Pada pendapat saya, PAS perlu meladani perjuangan Ikhwan ini, walapun dalam suasana dan iklim berbeza.
Oleh
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, |
No comments:
Post a Comment