Azizah Fadzil sah tidak sertai Olimpik London
SUKANKL: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengesahkan atlet angkat berat wanita, Azizah Fadzil, tidak akan mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik di London bulan ini setelah slotnya diberikan kepada atlet Vietnam.
Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata keputusan itu dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) kepada MOM hari ini.
"Menerusi surat itu, kita telah dimaklumkan bahawa salah seorang atlet dari negara ketiga yang bertanding pada Kejohanan Kelayakan Zon Asia di Pyeongtaek, Korea Selatan, April lepas telah gagal ujian antidoping.
"Disebabkan peserta yang gagal dalam ujian antidoping, maka IWF telah membuat pengiraan semula kedudukan ranking negara yang bertanding di Korea Selatan dan memutuskan untuk memberikan slot tunggal negara kepada Vietnam disebabkan mereka mengutip 94 mata berbanding Malaysia yang hanya memperoleh 91 mata,” katanya kepada pemberita hari ini.
Atlet angkat berat berusia 21 tahun itu sebelum ini layak secara merit setelah berada di kedudukan keenam teratas dalam kategori 53kg pada kejohanan tersebut.
Namun perubahan ranking yang dilakukan IWF baru-baru ini, menyaksikan Vietnam yang menduduki tangga ketujuh keseluruhan sebelum ini, naik ke tangga ketiga manakala Malaysia berada di tangga ketujuh. — BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia, ramai orang Islam tertnya-tanya, apa hukum sukan angkat berat ini bagi wanita Islam di Malaysia? Kalau salah, ertinya itu kerja maksiat. Mengapa kerajaan Malaysia termasuk mufti-mufti dan pegawai agamanya bersekongkol dengan kerja-kerja maksiat tersebut?
Kalau sukan itu tidak boleh disesuaikan dengan kehendak agama, apakah agama Islam ini sudah ketinggalan zaman? Atau kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja tidak mahu menyesuaikan semua jenis sukan di negara ini selaras dengan kehendak Islam? Kalau betul begitu, apa hukum menaikkan BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang?
Jalan keluarnya ialah dengan mengundi PAS dan parti rakan-rakannya. (IH)
setuju sunggoh kalau bersukan hendaklah menepati hukum syarak keatas wanita.ini bukan bermakna islam anti wanita islam berolahraga.sudah terang tanpa bersuloh bn/umno telah gagal,pentadbiran bn/umno telah membuat islam diperintah bukan memerintah.
ReplyDeleteMAJLIS FATWA KEBANGSAAN MANA? KENAPA TAK SEBOK DAN KES INI? HARUSSANI
ReplyDeleteBAGAIMANA PULA, MULUT TAK BECOK KE DALAM HAL INI. MUFTI PAHANG KOMENNYA
DIMANA?
TOK MUFTI LAIN HANYA MEMBISU
USTAZAH PEREMPUAN CUKUR BULU KENING
PASTI NO PROBLEM PASAL KES DHORURAH.
JAMIL KHIR JUGA BERES PASAL BOSS DIA KATA TAK APA.
KALAU UIA KES NI TAK LULUS MELAINKAN SEMUA PENOTON DAN PEGAWAI
ADALAH PERENPUAN.