Monday, July 02, 2012

Berkenalan Dengan Ikhwan Muslimin

SEJARAH Ikhwan Muslimin (IM)الاْخوان المسلمون  &PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar...
  • tertegaknya syariat Allah, 
  • hidup di bawah naungan Islam, 
  • seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW
  • dan diserukan oleh para salafus-soleh,
  • bekerja denganNYA dan untukNYA, 
  • keyakinan yang bersih berakar teguh dalam hati, 
  • pemahaman yang benar akal dan fikrah, 
  • syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. 
Imam Hassan Al-Banna (HAB)

Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia. Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir.

Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.
Adik beradik HAB adalah:

1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi.
5. Zainab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorang peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27) Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya).

Tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5). Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain. Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”.

Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6) Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya.

Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat. Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. Selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu Subuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah. Oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, Iaitu
  • Hafiz Abdul Hamid, 
  • Ahmad al-Khusairi, 
  • Fuad Ibrahim, 
  • Abdurrahman Hasbullah, 
  •  Ismail Izz 
  • dan Zaki al-Maghribi. 

Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu:

1. Baiki diri – 10 muwasafat
  • aqidah sejahtera
  • ibadah sahih
  • akhlak mantap
  • mampu bekerja
  • berpengetahuan luas 
  • tubuh yang cergas
  • sangat menjaga waktunya
  • mujahadah li nafs
  • teratur urusannya
  • bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
  • didik keluarga degan cara Islam &hormat fikrah Islam
  • Dahulukan hak &Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
  • kembang aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
  • Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar
  • satu suara, perpaduan ummah
MOTTO IM
  • Allahu Ghayatuna
  • Ar-Rasul Qudwatuna
  • Al-Quran dusturuna
  • Al-jihadu sabiluna
  • Al-mautu fisabilillah asma’ amanina
Ruang lingkup dakwah IM
  • Dakwah Salafiah
  • Tariqah Sunniah
  • Hakikah Sufiyah
  • Hai’ah Siyasiah
  • Jamaah Riyadiah
  • Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
  • Syirkah Iqtisodiyah
  • Fikrah ijtimaiah yang melingkupi seluruh aspek….
PIMPINAN IM
  • 1.Hassan Al Banna (1928-1949)
2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)
3.Umar Tilmisani (1972-1986)
4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)
5.Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)
7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)
(IH)
Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment