Wanita pakai seluar dalam di pusat beli-belah..
DUA wanita berjalan dekat papan tanda yang meminta pembeli-belah berpakaian sopan di sebuah pusat beli-belah di Dubai pada 25 Jun lalu.Penduduk lancar kempen berpakaian sopan
ABU DHABI - Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini.Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.
"Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam," katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.
"Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu," katanya.
Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.
Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut. Kedua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah.
Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sokong tindakan Asma al-Muhairi dan Hanan al-Rayes, 2 Wanita dari UAE itu. Tahniah dan syabas!
No comments:
Post a Comment