KL:
PAS Selangor mendesak agar akhbar Harian Metro menarik balik dan
memohon maaf di atas penyiaran karikatur yang disifatkan telah menghina
Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi. Karikatur yang disiarkan pada 7 Julai yang lepas telah menggambarkan
Dr Mohamed Morsi sebagai 'The Sphinx of Morsi' dengan menukarkan wajah
Firaun kepada rupa presiden tersebut serta meletakkan simbol bulan sabit
pada puncak piramid.
Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi menegaskan tindakan yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan kepada seorang presiden yang telah dipilih oleh rakyat serta menghina Islam.
"Tindakan akhbar tersebut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka malah tidak memandang serius sensitiviti masyarakat Islam seluruh dunia.
"Bagaimana seorang presiden Islam dihina sedemikian dan saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab serta Harian Metro menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka," jelasnya.
Menurutnya lagi, Dr Mohamed Morsi adalah seorang yang menghafal Al Quran namun tindakan menyiarkan karikatur tersebut seolah-olah menyamakan Presiden Mesir itu dengan Firaun.
"Penghinaan ini adalah satu yang amat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas atas penyiaran tersebut.
"Kita tidak mahu disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh Mesir dan mungkin akan menyebabkan timbul ketidakpuasan hati rakyat yang telah memilih Dr Mohamed Morsi sebagai presiden mereka," sambung Adun Meru itu lagi.
Sebelum itu, rakyat Mesir menyambut kemenangan Dr Mohammed Morsi dari Parti Muslimin untuk menjadi Presiden Mesir yang baru. Perjuangan demokrasi di Mesir bermula dengan perhimpunan jutaan rakyat di Dataran Tahrir sehingga bekas Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun digulingkan. (Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hina Presiden Mesir bertujuan untuk menghina gerakan Ikhwan Muslimin atau parti Islam Mesir.. Mereka hina Islam, cilaka!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

No comments:
Post a Comment