Sunday, July 29, 2012

Dangdut Ramadhan, Situa Tak Sedar Diri Hasil Dari..

MAKSIAT... seorang pelanggan tanpa segan silu melakukan aksi tak senonoh.
MAKSIAT... seorang pelanggan tanpa segan silu melakukan aksi tak senonoh.

HALAMAN HIBURAN
Dahaga belaian gadis muda
KL: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.

Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa. Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.

Tinjauan Metro Ahad di dua kelab dangdut di ibu negara awal pagi semalam mendapati, meskipun bilangan pengunjung tidak seramai hari biasa, kelab berkenaan masih tidak sepi daripada kunjungan warga emas yang dahagakan hiburan dan belaian gadis muda.


Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian. (myMetro)
Dahaga belaian gadis muda

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian mereka, itulah kesan tarbiah kerajaan UMNO sesudah masuk 55 tahun merdeka. Dengan sistem perundangan dan kepimpinan UMNO yang ada, begituah jadi 'kueh'nya, apabila acuannya begitu.

Lihat Kelantan, baru 20 tahun lebih Tok Guru perintah, sudah berjaya mewujudkan suasana beragama dengan didikan Islam yang murni di kalangan rakyatnya, walaupun dicelah-celah belenggu Perlembagaan Persekutuan yang menindas agama Islam.

Lihat arrtis-artis, sudah mula nampak lorong penyelesaian 'hiburan alternatif' yang dapat menjadikan kerjaya mereka sebagai suatu kerja ibadat. Mereka mula mendekati tarbiah PAS, walaupun ramai puak-puak 'celaru' tidak senang melihatnya..

Lihat juga Sutan Kelantan, seperti MBnya juga turun ke haribaan rakyat, jadi 'Imam' solat bersama rakyat, yang belum pernah ditunjukkan oleh Sutan-sultan lain di dunia masakini. Bukan itu sahaja, dikembalikan hak Sultan melindungi dan menyelaraskan sesuai dengan hak agama. Contohnya ucapsembah 'Daulat Tuanku' ditukar kepada 'Allahu Akbar', dan kini dipraktikkan di negeri itu.

Ya, Allah ya Tuhan kami, lanjutkan usia Tuanku dalam kebajikan bersama rakyat Kelantan khasnya, dan rakyat Malaysia amnya. (Maaf, kami rakyat luar Kelantan 'tumpang sekaki' membangga Sultan di negeri Tok Guru. Tumpang sekaki memohon kurnia Allah atas kesolehan, ketaqwaannya dan keberkatannya.)

Allahu akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails