
SEMALAM rakyat Malaysia telah digemparkan dengan rekaan logo
sambutan kemerdekaan ke 55 yang sangat tak cantik! Aku secara
peribadinya sangat kecewa dengan logo yang telah diperkenalkan itu.
Bukan bermaksud aku boleh mereka logo yang lebih baik tapi berdasarkan
pemerhatian terhadap logo-logo sambutan kemerdekaan yang sebelum ini,
aku yakin kita mampu hasilkan yang lebih baik lagi!
Logo Sambutan
kemerdekaan tahun 1976 lagi cantik la daripada tahun 2012 ni padahal
waktu dulu belum ada pon Adobe Photoshop, Illustrator, GIMP, Corel Draw
dan sebagainya. Bahkan komputer pon belum ada lagi pada waktu tersebut.
Tak percaya, aku dah kumpulkan 30 logo sambutan kemerdekaan dari tahun 1976 – 2011 dalam post ini. Sila la nilaikannya sendiri.



Logo Sambutan Kemerdekaan tahun 2012 kali ke 55. Mungkin ada orang cakap, “logo je pon bukannya ada apa-apa kesan sangat”. Tapi bagi aku, bukankah kita digalakkan supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sepatutnya lebih baik daripada hari ini supaya kita tak menjadi orang yang rugi? Semenjak tahun 1976 yang lalu logo tu ok la takde la sampai macam ni sekali. Tak dapat aku nak bayangkan macam mana la rupa logo tahun 2013 nanti.
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”sumber logo dari malaysiamerdeka.gov.my
1 comment:
Hi, I log on to your new stuff like every week. Your humoristic style is witty, keep it up link
Post a Comment