SERIUS...Wendy menjalani latihan di kolam utama Pusat Akuatik London, semalam.
SKUAD terjun yang selamat tiba di London, kelmarin, semakin teruja untuk menaikkan nama Malaysia di Olimpik namun mengaku berasa sedikit gementar. Masakan tidak, skuad terjun disasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat Olimpik tanpa mengira warnanya.
Tumpuan kini terarah kepada ratu terjun negara, Pandalela Rinong dan Bryan Nickson Lomas yang diharap mampu melakar kejutan di London.
“Teruja dan gementar bercampur baur tapi kami optimis dapat melakukan yang terbaik.
“Berbekal persediaan rapi sejak awal tahun, tidak mustahil kami mampu menyumbang pingat buat Malaysia cuma tidak pasti apa warnanya.
“Sama seperti rakan seangkatan lain, kami ke London dengan strategi berbeza untuk merealisasikan sasaran negara. “Saya mempunyai cara tersendiri dengan lebih meletakkan tumpuan pada acara terjun seirama,” kata Bryan.
Selain Bryan dan Pandelela, atlet terjun lain iaitu Leong Mun Yee, Yeoh Ken Nee, Huang Qiang, Traisy Vivien Tukiet, Cheong Jun Hoong dan Wendy Ng Yan Yee juga tidak kurang hebatnya. Ken Nee juga tampil dengan misi tersendiri apatah lagi temasya Olimpik menjadi medan terakhir buatnya sebelum mengundur diri.
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Malaysia negara umat Islam, meletakkan 'Islam agama bagi Persekutuan', tak malukah kepada dunia, sudah lebih setengah abad merdeka, atletnya tiada identiti sendiri? Tiada berminat wanitanya berpakaian menutup aurat. Bapak borek, mesti anaknya rintik! (IH)
Maknanya bila PR perintah Mesia nnti - semua atlit kena tutup aurat????
ReplyDeleteAda brani ke????
Sanggup nak langkah mayat karpal????
Malaysia negara umat Islam
ReplyDeletebetoi ka?
Perlembagaan letak Islam sebagai agama rasmi Malaysia, tapi pemerintahan tetap sekular..
ReplyDeletehahaaha bai... lu apahal? sebelum lu belasah kerajaan malaysia lu sound la dulu atlet selangor, kedah,penang dan of course kelantan.. suh dieorang pakai tutup aurat. woi kelantan pun hantar team gimrama la masa sukma dulu....
ReplyDeleteLu musti taku nak soun TGNA kan?
Negara Islam ialah negara yang meletakkan agama Islam sebagai asas pentadbiran negara.
ReplyDeleteNegara umat Islam ialah negara yang majoriti penduduknya beragama Islm.
Jadi Malaysia termasuk negara umat Islam.
karpal hidup dah tak lama dah...boleh langkah mayatnya,pijak pun boleh(kuburnya)
ReplyDelete