Saturday, July 14, 2012

Himpunan Oren: Sudah Bermula, Sekarang..


.
KL: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.


Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.


Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara. (IH/Hrkh)



No comments:

Post a Comment