KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah,
Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan
hukum hudud.
Menurutnya, dalam isu tersebut tidak perlu cabar-mencabar mana-mana
pihak, sebaliknya pelaksanaan hukuman itu perlu diadakan demi
kepentingan Islam.
“Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi
halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan,
silakanlah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-12 Khamis lalu.
Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri
lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud
Pas.
Sementara itu, di Shah Alam, Pas sedia bantu Umno jika parti itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, jika Umno
bersungguh- sungguh, tidak timbul masalah di pihak Pas kerana parti itu
hanya mahu melihat perintah Allah ditegakkan.
"Sudah cadang, kenalah bersungguh-sungguh, jangan hanya cakap kosong.
Kalau mereka bersungguh-sungguh, kita pun akan bantu," katanya ketika
diminta mengulas cadangan seorang wakil rakyat Umno Johor yang mahu
negeri itu jadi negeri pertama di negara ini melaksanakan undang-undang
hudud. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
1 comment:
saya sebagai warga johor bersyukur sangat kalau kerajaan johor nak laksana hudud. kalau kelantan tak dapat laksana sebab halangan kerajaan pusat moga2 dengan terlaksana kat johor boleh jadi model untuk negeri lain insyaAllah
Post a Comment