Tuesday, July 03, 2012

Hudud Johor: Saya Bersyukur Sangat.. N/Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, dalam isu  tersebut tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukuman itu perlu diadakan demi kepentingan Islam.

“Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-12 Khamis lalu.

Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud Pas.

Sementara itu,  di Shah Alam, Pas sedia bantu Umno jika parti itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, jika Umno bersungguh- sungguh, tidak timbul masalah di pihak Pas kerana parti itu hanya mahu melihat perintah Allah ditegakkan.

"Sudah cadang, kenalah bersungguh-sungguh, jangan hanya cakap kosong. Kalau mereka bersungguh-sungguh, kita pun akan bantu," katanya ketika diminta mengulas cadangan seorang wakil rakyat Umno Johor yang mahu negeri itu jadi negeri pertama di negara ini melaksanakan undang-undang hudud. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

1 comment:

  1. saya sebagai warga johor bersyukur sangat kalau kerajaan johor nak laksana hudud. kalau kelantan tak dapat laksana sebab halangan kerajaan pusat moga2 dengan terlaksana kat johor boleh jadi model untuk negeri lain insyaAllah

    ReplyDelete