▼
Saturday, July 28, 2012
Ini Kempen Politik Bukan Lagu H/K'saan -B/Lokman
LIHAT di atas, Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan. Kata Bob Lokman,yang menyokong kenyataan Buddhi Hekayat. Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.
Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar". "Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.
Beliau menambah bahawa lirik "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".
"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.
Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini. Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.
Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."
"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya.(IH/MK)
No comments:
Post a Comment