Di mana adengan 'seks'nya? Lihat seterusnya...
AWAS! Ada pesan tersembunyi dari sejadah ini.
Bermula dari adengan seks sampai kepada masej freemason. Weblog Ibnu Hasyim cuma nikilkan.. Saudara nilailah sendiri! Begini....
'Subliminal message' atau pesan bawah sedar, merupakan signal atau pesan terdapat dalam media, dirancang melalui atas normal fikiran / presepsi manusia. Pesan itu sebenarnya tidak mudah disedari atau diketahui. Namun dalam keadaan tertentu dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistemnilai secara positif mahupun negatif.
Istilah 'bawah sedar' bererti 'beneath a limen' (ambang indrawi). 'Subliminal' berasal dari bahasa Latin. Kata 'sub' bererti di bawah,
dan 'limen', bererti 'ambang' (This is from the Latin words sub,
meaning under, and limen, meaning theshold).
1.1 Lambang Kelamin(seks) di sejadah
1.2 Adegan seks di sajadah ini..
2.1 Lambang Masonic (freemason) di sejadah.
Sejadah, kita gunakan tiap hari untuk alas tempat
kita solat. Di bawah ini, gambar sejadah yang
mempunyai 'unsur-unsur Masonic'.
Berdasarkan dari gambar 'Master Carpet Freemason' di atas, dapat dilihat ciri-cirinya iaitu..
- Lantai petak (Checkered Floor)
- Bintang dan Bulan
- 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz.
2.2 Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri seperti dinyatakan, iaitu..
- bintang dan bulan,
- lantai berpetak (checkered floor) dan
- 2 tiang.GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz.
2.3 Jika kita perhatikan sejadah di atas secara teliti, kita juga akan melihat 2 tiang iaitu..
- tiang Joachim dan Boaz,
- All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang.
- All Seeing eye dapat dilihat di tengah antara 2 tiang.
Cuba bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah..
Perhatikan..
- GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas.
- Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas.
- Jika saudara zoom gambar di logde Freemason tersebut, saudara akan melihat lambang bulan dan bintang di sdut jangka lukis itu.
Ini membuktikan, Masons
menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang
ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.
2.4 Di sini di'zoom'kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan..
- Lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan
- Bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.
Kesimpulan: Inilah rancangan jahat freemason yang banyak beredar di antara kita tanpa
kita sedari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap
menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati
dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari...
Allahu 'aklam.
Allahu 'aklam.
Elok solat atas sejadah yang kosong atau coraknya sikit. Dapat khusyuk mata tidak diganggu corak yang banyak. Free Mason ni masih ramai lagi ke yang minat, hati-hati jangan sampai jadi paranoid nanti segala benda disekeliling dirasakan ada pengaruh masonic, nnampak papan dam fikir masonic, piramid ingat masonic, tiang pagar atau rumah pun ingat masonic. Dulu aku pun minat teori free mason ni tapi fikir balik aku jadi paranoid semua benda kaitkan dengan free mason, jadi aku pun tinggalkan teori ni dan hidup aku jadi lebih ceria dan tenang. Eloklah tinggalkan teori konspirasi Dajjal,free mason dan illuminati, lebih baik percaya kepada Al-Quran dan Hadis Sahih. Teori ni wujud sebab ada orang minat nak tahu secara mendalam tentang berita ghaib hari kiamat dalam Al-Quran dan Hadis. Cukup dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw tak payah percaya tokok tambah oleh penulis seperti Muhammad Isa Dawood, Harun Yahya, Muhammad Alexander dan sebagainya. Video klip Arrival dan sebagainya pun separuh benar, dalam tu yang benar adalah Al-Quran dan Hadis saja yang lain tu tokok tambah sesedap rasa.
ReplyDeleteBetul tu.
ReplyDeleteOrg Islam x buat sejadah sendiri ke?
ReplyDeletedi negara saya juga banyak yang pakai sajadah seperti itu,solusinya bagaimana ya?
ReplyDelete