Sunday, July 22, 2012

K'tan Ramadhan: 5 Perkara Untuk Amalan.

(Anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood, bergambar kenangan bersama dua imam dari Mesir)

KOTA BHARU:  Kerajaan Kelantan menekan lima aspek penting untuk diamalkan oleh rakyat di negeri itu sebagai tema Ramadan.
  • Kurangkan makan, 
  • perbanyakkan sedekah, 
  • perbanyakkan bacaan al-Quran,
  •  tahajjud 
  • dan berlumba-lumba menjejaki malam lailatul qadar.

Bagi mengingatkan masyarakat tentang hasrat kerajaan negeri itu, setiap banting yang dikeluarkan, akan tertera tulisan tersebut untuk dihayati serta diamalkan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Ahmad, ketika ditemui selepas solat sunat itu memberitahu, peringatan itu dibuat hasil cetusan idea Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuan Guru sebagai seorang ulama sentiasa mengingatkan kita supaya merebut peluang itu sebaik mungkin agar ianya tidak berlalu dengan begitu sahaja,”ujarnya.

Sementara itu, seramai 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Tarawih pada malam pertama di Qaryah Ramadan malam tadi. Solat berkenaan diimamkan oleh Sheaik Ramadan Ahmad dari Kaherah, Mesir.

Kata Takiyuddin, beliau dipilih oleh kerajaan negeri untuk mengimamkan solat sunat itu buat kali ketiga tahun ini dan Sheikh Hisyam Abdul Bari, dari Iskandariah. Beliau merupakan tahun kedua menjadi imam di sini. Sambungnya, sambutan orang ramai untuk turut serta menunaikan solat sunat di situ begitu memberangsangkan pada malam pertama ini.

Menurutnya, tahun sebelumnya termasuk tahun lalu hanya 1,500 hingga 2,000 peserta sahaja yang hadir pada majlis ini, berbanding mala mini.

“Kebetulan kita telah menambah satu lagi khemah terbuka yang besar untuk kemudahan peserta qaryah untuk menunaikan solat di sini,”ujarnya.

Beliau turut memberitahu beberapa program menarik telah disusun untuk orang ramai antaranya Sepetang Bersama Imam Muda pada 7 Ramadan, Bicara Ramadan bersama Ustaz Azhar Idrus pada 14 Ramadan. Selain itu katanya, motivasi armalah bersama Abby Abadi pada 19 Ramadan termasuk program qiyam with me bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails