KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menubuhkan pasukan khas yang dilengkapi senjata bagi menangani aktiviti perlombongan haram termasuk perlombongan emas, yang menjadi kontroversi baru-baru ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pasukan itu akan ditempatkan di markas sekitar Gua Musang dan Jeli, yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering kali berlaku aktiviti haram.
"Penubuhan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta, ia akan melakukan risikan, rondaan, pemantau dan tindakan diambil sejurus aktiviti itu dikesan," kata beliau kepada pemberita, di Kota Darul Naim, hari ini.
Sebelum ini akhbar melaporkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram yang dikenal pasti di negeri ini dan ia berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Susulan itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke atas tapak perlombongan itu diancam oleh lapan lelaki bersenjatakan objek keras dan tajam yang cuba menghalang operasi tersebut.
Ahamd yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, pasukan khas itu akan dianggotai oleh 22 kakitangan Jabatan Hutan, enam dari Pejabat Tanah dan Galian dan seorang dari pejabat daerah.
Ditanya adakah penguatkuasaan sebelum ini tidak berkesan sehingga aktiviti haram itu gagal dibanteras, Ahmad berkata, anggota penguat kuasa yang tidak berada dalam satu pasukan menyebabkan tindakan untuk mengawal aktiviti itu perlahan.
"Sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya ada jajahan masing-masing, dengan adanya markas kita dapat bertindak dengan segera," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan terdapat unsur rasuah membabitkan segelintir pegawai, Ahmad berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti wujudnya pegawai yang melakukan tindakan tersebut. (SH)
apa benda yek EXCO Sumber Asli kelantan buat selama ni?
ReplyDeleteManjang jek cakap tak tahu.
Macam ni ke contoh yang nak diberi kononnya parti Islam?
negeri kecik cam ni pon tak terjaga, berangan nak perintah Malaysia?
Patut la sepanjang masa jadik anjing suruhan DAP...
Barua UMNO ini menyalak lagi.
ReplyDeletekritik sikit, tuduh orang tu UMNO. tegur sikit, tuduh orang ni BN...
ReplyDeleteTu jelah yang orang PAS tau buat..
Bila dah takde hujah nak defend, caci maki orang lain, panggil orang tu barua lah, anjing lah...
Camni rupanya akhlak pengikut yang mengaku parti yang kononnya Islam...