GAMBAR fail menunjukkan seorang pekerja perkhidmatan kereta api India memeriksa landasan di Mumbai pada 13 Julai lalu. Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api. AFP
'Tandas Terbesar' Dunia Di India
NEW DELHI - Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh
mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk
membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai
'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan
semalam.
Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin
bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan
tandas. "Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.
Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta)
diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di
kampung-kampung di seluruh India. Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari. Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. - AFP
No comments:
Post a Comment