Puluhan Pusat Pelacuran Ditutup Di London
LONDON - Pekerja seks mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya sukan berkenaan. Menurut kajian oleh seorang ahli majlis dewan perbandaran, polis menutup sekitar 80 buah rumah pelacuran di sekitar stadium itu di sini sejak 18 bulan lalu.
"Sejak dua tahun lalu, polis meningkatkan operasi membanteras para pekerja seks di kawasan sekitar stadium," kata Georgina Perry yang mengendalikan sebuah projek kerajaan bagi membantu pelacur di London Timur.
"Sebahagian wanita berkenaan terpaksa mencari pelanggan di jalanan dan berdepan dengan bahaya ekoran banyak rumah pelacuran telah ditutup," tambahnya.
Sukan Olimpik kali ini yang dijangka disaksikan oleh dua juta pelawat, akan membawa masuk pendapatan sekitar £13 bilion (RM64.1 bilion) untuk ekonomi Britain dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pelacuran dibenarkan di Britain tetapi menguruskan rumah pelacuran menjadi kesalahan di negara berkenaan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pusat Pelacuran ditutup di London sejak 2 tahun lalu, kerana memang tidak baik. Mengapa Malaysia tidak mahu mencontohi perkara yang baik seperti itu? Mengapa masih dibiarkan berkeliaran di Bukit Bintang atau Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit dan lain-lain..
1 comment:
Rumah pelacuran akan tutup dgn sendiri setelah rakyat mendesak kerajan supaya menyokong penuh poligami dan mudahkan urusan nikah kahwin.Bagi subsidi macam BR1M kpd rakyat yg nak kahwin, tak kira baru nak kahwin atau nak tambah lagi isteri.Kerajaan jgn takut kaum wanita tak pi mengundi sebab depa semua dah masuk KTS.
Post a Comment