WAKIL-WAKIL rakyat duduk dalam Dewan Rendah Parlimen Mesir yang bersidang di Kaherah semalam
Parlimen Mesir bersidang
KAHERAH - Dewan Rendah Parlimen Mesir bersidang semalam sekali gus mengingkari perintah mahkamah dan tentera. Parlimen Mesir didominasi wakil rakyat daripada parti politik berfahaman Islam.Presiden Mesir, Mohammed Morsi pada Ahad lalu mengeluarkan dekri supaya dewan tersebut bersidang semula.
Namun, Mahkamah Perlembagaan Mesir sebelum ini mengeluarkan keputusan untuk membubarkan dewan tersebut kerana terdapat undang-undang tentang pilihan raya Parlimen didapati tidak sah.
"Kami bersidang hari ini untuk menyemak keputusan Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir yang memutuskan bahawa dewan ini tidak sah," kata Speaker, Saad Al-Katatni.
"Saya mahu menekankan bahawa kami bukan menentang keputusan ini tetapi mahu menyemak mekanisme pelaksanaan perintah mahkamah berkenaan. Tiada agenda lain pada perhimpunan kali ini," tambahnya.
Wakil rakyat daripada beberapa parti politik bertindak memboikot persidangan itu dengan sebahagian mereka menyifatkan tindakan Morsi itu satu rampasan kuasa perlembagaan. Namun, Katatni menegaskan dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen bahawa Parlimen menghormati undang-undang negara dan keputusan mahkamah tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton meminta semua pihak berbincang untuk mencari penyelesaian berhubung isu tersebut. Hillary membuat kenyataan itu sebelum beliau melawat Mesir pada minggu ini. - Agensi
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
No comments:
Post a Comment