Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina
GEORGETOWN:
Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS
akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000
untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.

Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.
"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan. Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.
Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.
Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.
Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.
Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.
"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.
"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.
Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.
"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya. Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.
Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang. (Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutunya di tempat peranginan itu sudah lama ada surau, tetapi apa nak buat, kerana BN perintah puluhan tahun, walaupun ramai orang Islam ziarah di situ. Kalau takdak Pakatan Rakyat (PAS &;....) mungkin takdak surau di situ agaknya.....

No comments:
Post a Comment