Sejarah
mencatat hal yang pernah terjadi di Mesir ribuan tahun lalu. Suami yang
takut mayat isetrinya diperlakukan tidak senonoh, mereka menyimpan
mayat di rumah sampai busuk. Salah satu yang
menjadi legenda hingga kini adalah Raja Herod yang membunuh isterinya,
kemudian berhubungan seks dengan mummy mayatnya selama lebih dari 7 tahun.
KAHERAH: Seseorang suami akan
dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka -
sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.
Parlimen
turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah
diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat
pendidikan serta pekerjaan. Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.
Ketua
NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status
wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis
kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan
kebimbangannya.
Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.
Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.
Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.
Usul
di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar
“Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen
Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.
“Ia tidak boleh diterima.
“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. Sumber: Alarabiya
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah perkara seperti ini boleh berlaku dalam dalam kabinet Presiden Mohammed Mursi yang ada sekarang?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
1 comment:
Ada jga org nk wat undg2 gni,ape brahinya ...dgn myat.
Post a Comment