Wednesday, July 25, 2012

Presiden Korea Selatan Minta Maaf ..M'sia, Iktibar?


Presiden Korea Selatan Minta Maaf

SEOUL - Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semalam memohon maaf kepada rakyatnya berhubung kes rasuah melibatkan abang kandung dan beberapa penasihat kanannya.

"Saya menundukkan kepala dan memohon maaf kerana membuatkan rakyat bimbang berhubung insiden ini," kata Myung-Bak dalam satu kenyataan ringkas yang dibaca di depan kamera televisyen.
"Saya sedih kerana perkara dikesali ini berlaku dalam kalangan mereka yang rapat dengan saya," tambahnya.

Insiden itu dilihat menggugat kewibawaan partinya yang memerintah Korea Selatan sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada Disember depan. Abang Myung-bak, Lee Sang-Deuk ditangkap dan ditahan pada awal bulan ini sementara menunggu perbicaraan kes rasuah berkenaan.

Pendakwa raya menyatakan, bekas wakil rakyat berusia 76 tahun itu menerima suapan 600 juta won (RM1.67 juta) daripada pengerusi dua buah bank bermasalah antara 2007 hingga 2011 sebagai balasan untuk membantu mereka mengelakkan proses audit dan terlepas daripada hukuman.

Skandal itu adalah kes rasuah terbaharu melibatkan mereka yang rapat dengan Myung-bak.
Penggal Presiden Korea Selatan itu akan berakhir pada Februari 2013. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia kena ambil iktibar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails