Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan
Sabariah Tuan Isha
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
KOTA BHARU - Sempena bulan Ramadan, wanita terutamanya suri rumah di
negeri ini dinasihatkan menjaga kesihatan dan tidak boros dalam urusan
harian.
Bagi tujuan itu, isteri kepada Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan
Sabariah Tuan Ishak mencadangkan supaya ibu-ibu dapat mengawal dan
merancang menu serta aktiviti sebaik mungkin.
“Jangan menjadikan bulan Ramadan sebagai masa untuk berlumba-lumba dan
berlebih-lebih, malah disarankan supaya sederhana dalam semua perkara,”
katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada 403 armalah dan 41 anak
yatim bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka di sini, semalam. Hadir sama pada program itu, Pegawai Pembangunan Armalah Negeri,
Norashidah Jaafar, wakil peribadi Menteri Besar Kelantan, Hassan Mamat
dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Tuan Sabariah berkata, pengambilan makanan yang terlalu manis secara
berlebihan juga sepatutnya dikurangkan untuk mengelak mudah diserang
penyakit. Selain itu katanya, tidak dapat dinafikan setiap kali bulan Ramadan,
nafsu makan bertambah dan pelbagai juadah dibeli dengan banyak sedangkan
ia tidak mampu untuk dihabiskan.
“Lebih baik kita merancang apa yang mahu dibeli supaya tidak berlaku
pembaziran kerana itu adalah amalan syaitan dan sepatutnya kita mengejar
keredaan ALLAH,” katanya.
Dalam masa sama, beliau meminta peniaga untuk tidak terlalu mengejar
untung tetapi perlu seimbang antara amal ibadat sepanjang Ramadan. “Badan yang letih boleh mengganggu keupayaan kita untuk mengerjakan
solat sunat Tarawih dan sebagainya, jadi lebih baik berpada-pada,”
katanya.
No comments:
Post a Comment