Friday, July 27, 2012

Ramadhan: Hati Mana Yang Tidak Sebak...



 KEMASKINI/RALAT
Dr Wan Ahmad Razwan,
Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !!

Di bawah ini link video yg dimaksudkan -
http://www.youtube.com/watch?v=gn21WMX6aUE

Berita ini...


"ADAKAH puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" Tanya  seorang rakyat Somalia kepada Mufti Saudi dalam siaran langsung di sebuah program tv.

Jawapan mufti itu hanya menangis teresak-esak. Jiwanya tersentak dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan ada yang tiada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa

Hati Mukmin mana yang tidak sebak dan tersentuh. Sedangkan sebahagian orang Islam sedang bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana sini. Tidak sempurna iman seseorang itu kalau ia tidur dengan kekenyangan, sedang jirannya dalam kelaparan. Tidak sempurna iman, bukan main-main?

Padankah ulamak dan pemerintah hanya menangis sahaja?


Lihat penderitaan rakyat Somalia...










(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails