SSEHINGGA pagi ini, pemburuan saya
terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi
bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan.
Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat
berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih
belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah
bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia,"
kata Aishah kepada saya.
Namun siasatan terus berjalan bagi
mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti
yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat
serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada
hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS
muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah
selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan
peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini
akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi
pada bulan Julai ini.
Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut
memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu
ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning
Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi.
Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi
kenyataan.
Komen Weblog Ibn Hasyim: Ada benarnya andaian ini. Mari kita sama-sama doakan agar jadi begitu. Rancangan bebesaskan Putrajaya, sudah mula terbayang...
Diangkat dari
http://sanggahtoksago.blogspot.com, |
No comments:
Post a Comment