Monday, July 16, 2012

Sukan, Panah Ikan Terbang

SEORANG pelanggan, Matt Wehness yang menaiki bot Wallick menggunakan busur untuk memanah ikan kap.


Ikan terbang
SUKAN
PEORIA, Illinois - 'Sukan' memanah ikan 'terbang' diperkenalkan di Sungai Illinois, Amerika Syarikat pada musim panas yang lalu oleh seorang ahli bomba, Nathan Wallick, lapor agensi berita AFP semalam.

Dia mengemudi sebuah bot yang mengandungi beberapa pelanggan yang berminat untuk memanah ikan kap dengan menggunakan busur. Wallick membuka syarikat Pemburu Cap Peoria bagi memberi pelanggannya peluang untuk memanah ikan kap.

Ikan itu boleh melompat setinggi tiga meter dan mempunyai berat sehingga 27 kilogram.
Wallick akan memberi arahan kepada penumpangnya itu masa yang sesuai untuk memanah ikan tersebut.
Ikan tersebut akan melompat apabila ia mendengar bunyi enjin bot. - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

semasa mengikut suami bertugas dimaldives,amatlah terpesona menyaksikan kejadian allah swt.pelbagai jenis ikan serta berwarna warni bagaikan suatu lukisan mempamerkan kebesaran allah yang maha pencipta.saya amat sedih serta terharu mendengar adanya manusia perosak keindahan ini semata mata memburu nafsu dengan pelbagai rekaancipta alasan tapi yang hakikatnya adalah suatu kerosakkan yang abadi kepada keindahan ciptaan illahi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails