Sunday, July 08, 2012

Tahniah Red Warrior - Nik Aziz




SUKAN

KL: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warrior' kerana berjaya mempertahankan kejuaraan juara Liga Super untuk kali kedua.

Beliau yang melahirkan ucapan tahniah itu melalui laman sosialnya 'facebook' turut bangga dengan kemenangan besar pasukan Kelantan ketika menentang Perak malam tadi.

"Tahniah saya rakamkan kepada pasukan The Red Warriors yang telah disahkan sebagai juara Piala Liga Super 2012 sebentar tadi setelah menewaskan pasukan Perak dengan kemenangan yang besar.... Tahniah!" jelasnya melalui laman sosial itu sebaik sahaja Kelantan menang ke atas Perak.

Sebelum itu Kelantan yang sebelum ini pada tahun 2011 telah dinobatkan sebagai juara liga super untuk kali pertama dan pada tahun 2012 Kelantan telah berjaya mempertahankan apabila menewaskan Perak dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu malam tadi.

Kelantan yang sebelum ini telah membawa balik Piala FA dan dengan kemenangan kali ini piala kedua Juara Liga Super turut berada di Negeri Kelantan.

Pasukan Kelantan akan meneruskan cabaran memburu juara Piala Malaysia dan juga Juara Piala AFC. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment