PADA
30 Jun lalu, kira-kira jam 1:40 petang di Putian, Fujian, seorang
lelaki telah merangkak di atas jalan raya sambil menunduk kepalanya ke
tanah setiap kali dia merangkak ke hadapan. Beberapa pekerja dan
pelanggan di sebuah restoran yang berhampiran telah turun untuk melihat
apa yang berlaku. Lelaki yang merangkak ini sangat muda dan kacak.
Dahi
pemuda ini telah lebam dan berdarah kerana perbuatannya yang merangkak
dan menghentakkan kepalanya di sepanjang perjalanan. Orang ramai yang
tidak sanggup melihat kejadian ini telah meminta beliau berhenti tetapi
pemuda itu mengucapkan terima kasih dan enggan menerima bantuan.
Beliau berkata beliau telah melakukan sesuatu kesalahan besar kepada
isterinya, dan untuk meminta maaf, beliau akan merangkak seperti ini
sehingga tiba ke Zhengrong Times Square. Dari lokasi semasa lelaki ini
ditemui sehinggalah ke Zhengrong Times Square, pemuda itu perlu
menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih daripada 1000 meter.
Menurut saksi-saksi berhampiran, lelaki itu telah merangkak sejauh
kira-kira 200 meter sebelum seorang wanita tiba dengan sebuah motosikal
dan kemudian menahan sebuah teksi sebelum membawa lelaki ini pergi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang suami di China merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf kepada isterinya. Apakah begitu taubat mulia bagi orang Cina? Atau hanya melapaskan kepuasan kerana rasa bersalah dan ingin insaf semula?
Dalam agama Islam, kepuasan itu disalurkan melalui 'Taubat'. Taubat Nasuha... Jom kita perdetailkan sikit mengenainya....
Taubat Nasuha
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:Maksudnya:
Berdasarkan
ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan
bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha,
maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:
Satu: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.
Dua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.
Tiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.
Ketiga-tiga
syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa
kita sesama manusia pula di tambah syarat yang keempat..
Empat: Iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha. Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima... Lima: Iaitu ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.
Solat Taubat
Para ulama sepakat tentang disyari'atkannya solat taubat. Diriwayatkan dari Abu Bakar al-Shiddiq RA , katanya: Aku mendengar Rasul SAW bersabda..
Kemudian Nabi SAW membaca:
Penulis Shahih Fiqih Sunnah dalam megomentari hadits di atas mengatakan,
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, dari Abu Darda' RA, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sebab Solat Taubat
Solat taubat dikerjakan masa seorang Muslim terjerumus ke dalam makasiat, baik maksiat dosa besar atau kecil. Maka ia wajib segera taubat dan disunnahkan baginya untuk mengerjakan solat dua rakaat. Dua rakaat ini termasuk bahagian dari amal shalih yang disunnahkan untuk dikerjakan dalam masa taubat. Ia sebagai wasilah (perantara) kepada Allah untuk mendapatkan taubat dariNya dan ampunan atas dosanya.
Waktu Solat Taubat
Disunnahkan solat taubat ini masa seorang Muslim bertekad untuk bertaubat dari sebuah dosa yang telah diterjangnya, baik taubat ini segera dikerjakan selepas ia melakukan maksiat itu atau mengakhirkannya. Yang wajib atas seorang yang berdosa agar segera bertaubat. Tapi kalau ia mengakhiri/menundanya maka tetap diterima. Karena taubat boleh diterima selama belum datang satu dari dua keadaan berikut ini:
1. Bila ruh belum
sampai ke rongkong. Yakni ia yakin akan mati segera sehingga tiada pilihan lain kecuali itu, seperti Fir'aun, dikisahkan dalam QS.
Yunus: 91-92.
Rasulullah SAW bersabda:
2. Apabila matahari terbit dari barat, kerana Nabi SAW bersabda:
Solat taubat ini disyariatkan dalam
semua waktu, sampai pada waktu terlarang pun boleh dikerjakan, seperti sesudah solat 'Ashar.
Sebabnya, kerana ia termasuk jenis solat yang memiliki sebab. Maka
disyariatkan dan boleh terus dikerjakan masa datang sebabnya. Syikhul Islam rahimahullah berkata,
Sifat Solat Taubat
Solat taubat dikerjakan sebanyak dua rakaat. Dikerjakan sendirian, kerana ia termasuk nawafil yang tidak disyariatkan secara berjamaah. Dan disunnahkan untuk beristighfar sesudah selesai mengerjakannya, sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Bakar al-Shiddiq RA di atas. Tidak ditemukan tuntutan dari sunnah Nabi SAW yang menetapkan bacaan tertentu pada dua rakaat tadi. Maka orang yang mengerjakan solat taubat membaca surat yang dia kehendaki. Selain itu, juga disunnahkan baginya untuk memperbanyak amal shalih lainnya. Ini didasarkan kepada firman Allah Ta'ala:
Di antara amal-amal utama yang boleh dikerjakan oleh orang yang bertaubat: ialah shadaqah, kerana shadaqah termasuk
sebab besar yang menghapuskan dosa.
Terdapat penguat dari kisah Ka'ab bin Malik RA,
saat Allah menerima taubatnya, ia berkata:
Kesimpulan:
|
▼
As-Salam.
ReplyDeleteMohon buat pautan blog:
suasanapolitikmalaysia.blogspot.com
Terima kasih.