Dari kiri, Adnan Ibrahim, Mohd Rafizi Ramli, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh Tuan Lembut.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM BERAT rasa hati saya untuk menulis tinjauan ini, tetapi kerana desakan kawan-kawan dan untuk kebaikan Pakatan Rakyat (PR), maka saya sebutkan juga.
"Sepanjang puluhan tahun pengalaman saya berniga di pasar malam kawasan Ulu Klang, keadaan sekarang, akhir-akhir ini agak nampak pelek.." Kata seorang kawan lama saya, ahli PAS yang taat, bila saya tanya mengenai kemampun Barisan Nasional (BN) rampas balik Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang semakin hampir ini...
Sambungnya, "Dulu semasa hampir PRU 12 suasana di pasar malam, rata-rata peniaga dan pengguna pasar malam waktu itu, melahirkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan BN Selangor dengan pelbagai alasan. Ramai yang merasakan kerajaan BN waktu itu akan bertukar. Hal itu terbukti betul." Katanya, yang kami panggil dia, 'Lebai'.
"Tetapi kini suasana itu berubah pula. Peniaga dan pengguna pasar malam mula melahirkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan sekarang pula, kerajaan PR... Setakat ini kira-kira lebih 50%.. (macam dulu yang benci BN sebelum PRU12). Bahkan sindrom meragui PR ini, makin merebak terus!" katanya dengan nada sedih.
"Apa alasan mereka?" Aku tanya.
"Banyak!" Jelasnya. "Antaranya, walaupun boleh dianggap remeh, tetapi itulah yang dihebuhkan. Pertama, peniaga kena bayar duit sampah tiap petak pasar malam dulunya waktu kerajaan BN RM3, tapi kini kerajaan PR, RM4. Itu takpa lagi..
"(Kedua) Tapi, yang beratnya, sekarang peniaga diwajibkan menyertai kursus, kena bayar RM15 seorang, untuk dapatkan lesen niaga pasar malam tahun depan. Bukan itu saja...
"(Ketiga), Tiap satu tapak untuk satu malam, akan dikenakan RM21. Kalau seorang peniaga berniaga di tujuh tempat yang berlainan dalam seminggu, bererti dia kena bayar RM21 X 7 = RM147. Hal ini memberatkan kami! Ini tidak berlaku dulu bawah BN dan akan berlaku sekarang di bawah PR.." Jelasnya lagi.
"Lebai!" Sampuk kawan kami yang dikenali sebagai pemimpin kecil PKR tempatan. "Kau tahu tak, ini kerja MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Aku pun heran mengapa MB Selangor Pakatan masih simpan talibarut-talibarut UMNO itu!" Katanya sambil meneguk teh di gerai AU3, Ampang Ulu Kelang, berama-sama kami.
Dia juga nampak tak puas hati. Dia juga seorang peniaga.
Teringat saya semalam sebelum ini, saya bersama seorang bekas pengarang Harakah bertemu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, di restoran mamak Kampung Pandan. Kami berbincang mengenai perkembangan poitik di Selangor. Rafizi yakin penuh PR berjaya pertahankan Selangor. Tetapi..
"Bagaiman dengan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seperti pengundi hantu, daftar bertindih dan lain-lain di Selangor?" Tanya bekas pengarang Harakah itu kepadanya.
Rafizi mengaku, hal itu agak susah, 'tak boleh buat apa-apa'.
Menurut sumber, 50,000 pengundi-pengundi yang terpaksa dikeluarkan oleh SPR dari daftar pngundi atas tuntutan pembangkang, kerana menyalahi peraturan SPR. Tetapi rupanya telah dimasukkan balik dalam daftar pengundi.. menurut sumbar itu. Siapa punya kerja itu? Kalau pengundi hantu, tentu yang buat kerja itu adalah 'hantu'!!
Mentari petang itu mula menurun, sudah hampir masuk waktu magrib. Cahayanya bersinar kemerah-merahan di belakang sepohon kayu besar di pinggir jalan. Sebahagian pohon kayu itu mati, menampakkan ranting-ranting reput berceracakan yang tidak berdaun.. dan rerumputan berserabutan yang menumpang di ranting itu.. menambah indahnya panorama menuju senja, walaupun penumpangan itu sebenarnya mempercepatkan kemusnahan pohon itu sendiri..
Kami pun bersurai.
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
8 Julai 2012
Ampang Ulu Klang.
Catatan Santai sebelum ini..
No comments:
Post a Comment