Monday, July 23, 2012

Tips Seks Di Bulan Ramadhan


Biarkan seks berkembang, awas jangan meletup!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
"TOLONG beri tip sikit untuk bulan Ramadhan." Seseorang memberi komen kepada saya. Maka inilah tips saya untuk para remaja, terutama yang baru berkahwin.


TIPS SEKS PADA BULAN RAMADHAN.  
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

Sebelum persembah tipnya, kena tahu ini dulu... 


Firman Allah SWT: 
  • فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنْ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنْ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ. 
  • Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan 
  • (2) makanlah serta 
  • (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. 
  • Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]

Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ! قَالَ: وَمَا أَهْلَكَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ. قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَا تُعْتِقُ رَقَبَةً؟ قَالَ :لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: ثُمَّ جَلَسَ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ: تَصَدَّقْ بِهَذَا. قَالَ: أَفْقَرَ مِنَّا فَمَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ إِلَيْهِ مِنَّا. فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ.
Dari Abu Hurairah RA,bahawa seorang lelaki datang menemui NabiSAW berkata: “Celakalah saya wahai Rasulullah!” 
Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?” 
Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.” 
Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” 
“Tidak!” 
“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” 
“Tidak!” 
“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” 
“Tidak!”
Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi SAW sebakul kurma. Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”. 
Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.” 
 Mendengar yang sedemikian Nabi SAW ketawa sehingga nampak gigi beliau. Lalu baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).”
[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Dikatakan semasa memasuki Ramadhan, sudah menjadi gejala umum bila ramai isteri yang akan menolak diajak berhubungan intim oleh suaminya selama bulan suci. Atau dengan kata lain, Ramadhan juga bererti puasa seks. Aneh memang, kerana tak ada hukum pun yang melarang hal itu. Maka kegiatan Ramadhan perlu  jalan terus, dan aktifiti seks pun tidak ketinggalan.

Pertama: Bukan Beban.

Memang, terkadang berhubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi sesuatu pasangan. Tidak jarang, salah satu pihak, biasanya dari pihak isteri, menolak diajak bercumbu. Alasannya macam-macam. Dari kelelahan menyiapkan hidangan berbuka dan sahur, tidak mahu menodai kesucian bulan puasa, sampai sudah meniatkan diri untuk total beribadah sebulan penuh.

Sebetulnya, hal itu tidak perlu terjadi. Sebab, kita mesti dapat membedakan mana hal yang wajib dan mana yang sunat. Quran Surat al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadhan berhubungan sebadan dengan isteri-isterimu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ianya sebagai beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi, nikmati sajalah! 

Kedua: Seks Berpahala.

Melakukan hubungan seks di bulan Ramadan, sebetulnya tidak apa-apa. Jangan merasa bersalah. Kerana berhubungan seks itu berpahala. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Kamu pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Kerana itu lakukan dengan senang hati, dengan ikhlas. Kamu boleh nikmatinya.


Apalagi, itu merupakan kewajiban seorang isteri. Jadi sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Jadi, kamu berdua yang akan merasakan nikmatnya. Jadi mengapa tidak? Jangan sampai ada perasaan ingin merasa menang dan memaksakan. Misalnya, suami yang menginginkan hubungan intim memaksakan kehendaknya pada isteri yang sebenarnya tidak mahu. 

Ketiga: Pandai Atur Masa.

Hanya saja, dalam berhubungan intim, kamu mesti pandai mengatur waktu. Kerana waktunya memang singkat dan padat. Itulah ilmu pentadbiran.Contohnya, lepas berbuka, solat Magrib. Makan, lepas itu ke masjid solat Isyak dan tarawih. Selesai kira-kira pulul 11 malam. Waktu itulah peluang untuk bermesra suami isteri, kerana besok pukul 2 atau 3 kena siapkan untuk bersahur. Perlukah guna teknik khas? Teknik dan gaya apa pun, radikal sekalipun, dapat kamu lakukan dengan bebas  tanpa gangguan, dengan masa yang terhad.

Keempat: Seks kilat.

Berpuasa, mahu tak mahu, membuat keadaan fizik jadi melemah. Apalagi jika kamu berdua adalah pasangan yang sama-sama bekerja. Belum lagi waktu kerja yang sedikit dan sempit. Oleh  itu, waktu yang ada perlu dimanfaatkan semaksimal mungkin. Kalau kamu biasa melakukan hubungan seks selama 2 atau 3 jam, selama bulan puasa lakukanlah lebih singkat. Cukup satu jam atau setengah jam saja. Seks kilat lebih tepat dilakukan pada situasi seperti ini. Pokoknya, kegiatan seks tetap dilakukan selama bulan puasa. Meski singkat. Itu tetap lebih baik daripada tidak sama sekali. Seks tidak mengenal kata berhenti, setuju? 

Kelima: Mandi cepat.

Salah satu hal yang membuat seseorang itu malas bersebadan pada bulan Ramadan adalah kewajiban mensucikan diri (janabah) selepas aktivitas seks itu. Kamu mungkin berpikiran mesti mandi, sebelum waktu imsak tiba. Dan itu membuat kamu berfikir 10 kali untuk bersebadan.

Padahal, pendapat sepakat ulama menyatakan, bagi yang berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar. Kamu hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam jangka waktu yang memungkinkan solat subuh dalam keadaan suci.  Boleh kamu mandi semasa hampir masuk waktu subuh.

Jadi tiada alasan berpuasa, untuk meneruskan  seks di bulan Ramadan, kan?


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 
22 Julai  2012
 KL

9 comments:

  1. Kenapa bincang seks masa bulan puasa, banyak lagi perkara yang mustahak boleh dibincangkan. Takkan masa puasa pun fikir benda alah tu. Seks antara suami dan isteri adalah halal dan dapat pahala, tapi seeloknya bulan ramadhan ni baik buat amal ibadat selain dari seks. Kita ini umat berumur pendek bulan ramadhan ni peluang yang Allah swt beri supaya kita dapat menyaingi ibadat umat-umat terdahulu yang panjang umur. Kalau buat hubungan seks bila pulak masa nak buat amal ibadat pada malam hari. Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous 6.14pm;

    Gua rasa lu ada masalah pemahaman kat sini.

    Tuan blog hanya memanjangkan ilmu. Kepada yang sudah tahu dan faham, alhamdulillah. kepada yg tidak tahu inilah ilmu namanya.

    Tuan Blog juga telah menyatakan buatlah perancangan masing2. Jadi apa yang hendak dikecohkan sangat.

    Lu kalau dah sengal, jangan ajak orang lain ikut sengal macam lu.., lain kali hadamkan dahulu pembacaan baru komen, jangan nak tunjuk pandai kat sini.

    Seks itupun Ibadah juga, Allah dan Rasul tak kecoh... lu pulak yang melebih2... sentengnya pemikiran lu... hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Betul tu.
    Penulis blog sekadar menyampaikan.
    Takde kesalahan apa-apa pun.
    In fact, terima kasih banyak kepada penulis blog.

    ReplyDelete
  4. Anon 6:14, niat tuan ada kemurniannya tetapi biarlah bertempat. Tuan blog telah menyampaikan satu ilmu dan bg saya amat baik untuk knowledge pengantin baru mahupun yang lama waima walaupun yg dah tahu hukum hakamnya.

    ReplyDelete
  5. alamak anon atas sekali lu ni kecohla..lu pegi carik hadith sahih Rasulullah mandi junub masa masuk waktu subuh di bulan Ramadhon..jadi dah terbukti berjimak(laki/bini) di bulan juga adalah sunnah Nabi..benda yang Allah dan Rasul halalkan apasal lu nak haramkan pulak?ape jibril ada hantar wahyu baru kat lu ke yang lu nak pandai pandai haramkan benda yang Allah dan Rasul halalkan?

    ReplyDelete
  6. info yg bagus ni...ramai yg kurang faham akan permasaalahan ini,Anon yg atas tu pun x faham tp tunjuk pandai pulak...klau x berilmu,gitu la jadinya...mcm saya sendiri,kurang jelas hukum hakam sex bulan puasa ni...kekadang main langgar jer,tp belah malam la...tp bila dh baca ni,lega la skit rasanya,x lah asyik kompius jer...trima kasih Tuan blog..

    ReplyDelete
  7. Lu orang memang otak seks, komen 2-6

    ReplyDelete
  8. Confirm Anon no 1 ni blm kawin kan 2-6

    ReplyDelete
  9. wakaka anon 1:29PM ni mesti pompuan sebab tak tahan asyik dikerjakan laki beliau di malam hari.rilek la kak layan je la suami akak sementara dia masih bernapsu ngan akak,nanti akak dah monopos akak dok menganga je la..kalo lu laki kemungkinan lu mati pucuk pasal tu lu tak rasa apa apa

    ReplyDelete