Wednesday, July 25, 2012

Tips Solat Khusyuk. Perasuah, Penzalim Dapatkah?



 
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) 

SEORANG ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu bimbang kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya. Ia ingin memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang Khusyuk. Ini yang septutnya kita lakukan. 

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara... 
  1. bertaubat  
  2. menyesali dosa yang dilakukan  
  3. tidak tergila-gilakan dunia  
  4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')  
  5. tinggalkan sifat berbangga  
  6. tinggalkan sifat khianat dan menipu  
  7. meninggalkan sifat dengki   

Inilah sebahagian tips dan panduan yang boleh digunapakai untuk memandu diri kita ke arah perlaksanaan ibadat. Bagaimana boleh dapat khusyuk dalam sembahyang sedangkan wudhu' batin iaitu membasuh anggota dengan tujuh perkara di atas masih belum dilaksanakan? Bagaimana orang yang sembahyang itu akan dapat khusyuk sedangkan dia masih tidak bertaubat dari rasuah.. menzalimi orang dan sejenisnya? Perasuah jangan mimipilah dapat  sembahyang khusyuk?


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku.. syurga di sebelah kananku.. neraka di sebelah kiriku..  malaikat maut berada di belakangku.. dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' .. dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku.. kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.  

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu'.. aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 

Jadi, khusyu‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. 
 

Sabda Rasulullah SAW..
  • Maksudnya: “Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati...(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Khusyu‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka
sebagai orang Mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman.. 
  • Ertinya..  “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT. Ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.


Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud..
  • "Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT. Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
  • "Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu. Hal itu adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud..
  • "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. "
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu. Firman Allah yang bermaksud...
  • "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud..
  • "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, Sungguh tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT, solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur. Jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk.
Iaitu ingat balik segala perbuatan dan ucapan kita dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu. Kerana didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.


Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT?


Firman Allah Taala yang berbunyi: 
  • "Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." [Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam.......


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 
24 Julai  2012
 KL

Catatan Santai sebelum ini..

 Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails