PORTLAND, Amerika Syarikat - Para saintis kini mendapati terdapat
banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni
yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini. Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.
Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk
menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta
ekor. Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di
Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi
dalam jangka hayat haiwan itu. Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa
untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.
Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu
menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan
kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semuanya mengungkap kebesaran dan kehebatan Pencipta Yang Maha Agung. Allahu Akbar.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
No comments:
Post a Comment