Thursday, August 02, 2012

Abby Milik Jejaka UMNO Dulu Kini & Selamanya?



 HALAMAN HIBURAN

ABBY dengan nada bergurau menyatakan di twitter miliknya pada 1 ogos, 12:21 pagi berkaitan pertanyaan seseorang tentang soal kahwin, Insyaallah bulan 12 nanti. Cara jawapannya agak betul walaupun nada bergurau dan tahniah diucapkan.

Sementara itu melalui blog OhBulan, Zul Ariffin yang pernah menjadi glamer kerana bertemankan Abby suatu ketika dahulu berkata, tindakan Abby kini agak melampau. Ini berikutan tindakan Abby yang telah menyertai politik dan beberapa kenyataan sebelum ini.

“Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.

“Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya.” Semoga kenyataan Abby menjadi kenyataan dan tahniah sekali lagi!!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa agaknya yang bertuah akan memiliki Abby? Kerana dia sudah menjadi ahli PAS seumur hidup, minta simpang malaikat 44, jangan dapat kepada puak-puak UMNO dulu, kini dan selamanya. Mustahil belayar dalam sebuah perahu sedangkan yang satu berdayung ke timur dan satu lagi berdayung ke barat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails