MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang
mengenali syaitan berbanding malaikat. Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.
“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang
dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan
syaitan,” ujarnya.
Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil
mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak
terpesong dengan bisikan syaitan.
“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas
kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali
daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan
pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian
masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS
(Madu), dekat sini tengah hari tadi.
Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas. Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.
“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kasihanilah Dr Mahathir, dia tidak dan tiada pendidikan agama.. Moga-moga Allah maafkan dia.
No comments:
Post a Comment