Wednesday, August 08, 2012

Awas Jangan Tertipu, Perogol Guna Facebook

PENGGUNA

Perogol guna Facebook berdepan hukuman penjara
SINGAPURA - Seorang perogol bersiri yang menemui mangsa-mangsanya dengan menggunakan aplikasi temu janji Facebook berdepan dengan hukuman penjara selama 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Perogol itu, Azuar Ahamad, 41, mengaku bersalah kelmarin kerana merogol tiga wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.
Pihak pendakwa raya meminta bekas eksekutif di sebuah syarikat logistik itu dihukum penjara selama 45 tahun.
Dia juga boleh disebat atau didenda bagi setiap kesalahan tersebut. Azuar dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapati dia merakamkan perbuatannya dengan menggunakan telefon bimbit. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Anak muda perlu berhati-hati, jaga jangan tertipu perogol guna fasebook!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

No comments:

Post a Comment