PANDELELA meraikan kejayaannya bersama Zhuliang ketika beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
MD. FIKRI (dua dari kiri) dan
konsultan, Tawen Wankluen (dua dari kanan) bergambar bersama barisan
pemain skuad sepak takraw wanita negara baru-baru ini.
Jurulatih asing diberi status penduduk tetap?
CADANGAN pemberian taraf kerakyatan kepada jurulatih asing yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan harus mempertimbangan perkara tersebut dalam usaha melahirkan atlet berstatus bintang.
Malah jelasnya, khidmat serta kepakaran jurulatih luar yang terbukti mempamerkan kecemerlangan membentuk atlet yang mampu berdiri sebaris jagoan dunia amat sukar diperoleh.
"Sesetengah negara memberi status kerakyatan kepada atlet luar yang cemerlang tetapi ia bukan model pilihan kita kerana jika mereka sudah berusia maka habislah sumbangan mereka.
"Namun, bagi kes jurulatih ia berbeza kerana mereka mampu melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili negara ke temasya sukan berprestij dan tidak salah jika mereka (jurulatih) diberikan taraf penduduk tetap," katanya.
Sebelum itu beliau diminta mengulas cadangan memberikan taraf kerakyatan kepada ketua jurulatih, Yang Zhuliang untuk kekal membimbing ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg selepas menghadiri program 'Biruman Bisamah Pandelela' di Dewan Masyarakat Kampung Jugan, Bau, Sarawak semalam.
Dalam perkembangan lain, Shabery memberitahu, kementeriannya bersedia untuk mempertimbangkan rancangan bagi menambah jumlah jurulatih sukan akuatik yang sedia ada. Menurutnya, selepas kejayaan negara merangkul pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik di London baru-baru ini melalui Pandelela Rinong, beliau yakin usaha untuk mendapatkan khidmat jurulatih terbaik dari China mampu meningkatkan lagi pencapaian negara dalam sukan tersebut.
"Adalah lebih baik jika kita mendapatkan khidmat jurulatih terbaik dari luar negara untuk sukan akuatik.
"Jadi, kita merancang mengambil sekurang-sekurangnya empat jurulatih baharu untuk membantu meringankan beban Zhuliang," katanya sambil menambah, kementerian bersedia berunding dengan jurulatih berusia 48 tahun itu untuk kekal menerajui skuad terjun negara.
Sementara itu, Zhuliang ketika ditemui menjelaskan, beliau bersedia menerima tawaran taraf penduduk tetap daripada kerajaan Malaysia. "Saya amat gembira dan berbesar hati jika diberi peluang menjadi rakyat negara ini," katanya.(Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Gambar-gambar di atas, menentukan bentuk pendidikan atau tarbiah terhadap atlet negara umat Islam Malayisa. Cara berpakaian mereka, sesuaikah dengan kehendak kerajaan Islam Madinah seperti yang dikehendaki Nabi Muhammad SAW? Yang sesuai ialah dengan kehendak kerajaan kafir Amerika dan Zionis bangsat perampas negara orang!
Inilah realiti tarbiah pimpinan UMNO sebenarnya, walaupun merdeka setelah 55 tahun. Orang Islam masih nak undi lagi BN? (IH)
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment