Budha memuja Chuchok.
Gambar-gambar yang dipamerkan di sini kecuali yang di bawah sekali, adalah salah satu bentuk penyembahan unik, iaitu tradisi berterimakasih penganut Budha pada Chuchok. Chuchok merupakan seorang pendeta dalam legenda agama Budha merupakan sosok pemuka agama yang tewas akibat keserakahannya.
Di Bangkok, Thailand, didirikan sebuah kuil khusus untuk memuja Chuchok, dan pada 21 Ogos lalu diadakan upacara pemujaan terhadap Chuchok. Sebagai bentuk pemujaan, umat Budha mengundang beberapa wanita penari bogel untuk menari di depan patung Chuchok.
Wanita ini menari, berlengga-lenggok dengan pakaian minimum, layaknya sedang menghibur lelaki. Penganut Budha yang menyembah Chuchok percaya dengan memberikan pemujaan berupa tarian seksi di depan patung Chuchok, pemujanya akan diberikan keberuntungan dan kekayaan selama mereka hidup. Ertinya hendak untung dan kaya kena menari seksi depan Chuchok.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam agak lain sekali, ada ibadat 'Sujud Syukur', di samping ibadat pokok yang lain. Amalan sujud syukur ini adalah antara manifestasi
untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah SWT
Dalil menurut Islam..
1. Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah SAW menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya
kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud
syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu
Majah dan Tirmizi).
2. Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa, Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad SAW sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah SAW dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah SAW. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.
Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : "Ada apa-apa sahabatku, kamu nampak macam orang bingung?"
Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya sepertimana di atas.
Akhirnya Rasulullah SAW, "Sebenarnya, Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau, sesiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau (Nabi SAW), maka Allah SWT. akan memberi salawat kepadanya. Ssiapa yang memberi salam kepada engkau (Nabi SAW) maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)
Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka tidak hairanlah apabila para sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah SWT.
Sebaik menerima berita kemenangan Dr.
Mohamed Mursi menjadi Presiden baru Mesir, rakyat Mesir memberhentikan kereta lantas
sujud tanda syukur di atas anugerah Allah itu. Lebuhraya dari ibu kota ke lapangan terbang
Kaherah penuh sesak dengan kereta berhenti.
Bagaimana amalan sujud syukur?
Mudah sahaja. Sujud syukur itu sepatutnya dilakukan secara
spontan ketika mendapat nikmat atau menerima berita gembira. Sujud
syukur itu tidak berbeza seperti sujud dalam solat. Hanya syarat-syarat
yang diwajibkan
solat, seperti perlu mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap
qiblat, pakaian bersih dari najis dan lain-lain, itu semua
adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.
Juga
tidak
disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti
masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan
tidak ditempat-tempat kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh
dilakukan di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi
pantai, di atas kereta dan sebagainya.
Dalam pada itu, tidak ada
bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut
penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan
takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan
terus memberi salam. Ada juga sesetengah ulama berpendapat,
sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan
salam, tetapi cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan
duduk kembali. Begitu, alhamdulillah!
Pernahkah
terjadi di Malaysia, dalam kegembiraan menyambut merdeka
pemimpin-pemimpin dan rakyatnya bersujud syukur kepada Allah SWT,
walaupun ada sambutan dengan tarian yang tidak sepenuhnya bogel?
(IH/Pelbagai sumber)
3 comments:
Salam tuan, boleh listkan blog saya ke blog list tuan, saya baru nak mula aktif berblog balik... ni blog saya www.tintaasyraf.com
Salam Perkenalan. Minta izin copy n paste artikel ni kat blog saya yer...terima kasih tuan.
Dalam beramai-ramai penganut agama Buddha, yang auta juga tuan ketengahkan.
Ajaran Buddha mengakui kewujudan dewa dewi yg mempunyai kerenah pelik melik, tetapi agama Buddha tidak mengetengahkan penyembahan dewa dewi ini sebagai amalan hakiki agama Buddha.
Amalan hakiki agama Buddha adalah menjalani kehidupan berdisplin (Sila), bersedekah (Dana) dan mensucikan hati (Bhavana).
Kesemua macam penyembahan, sihir, nujum adalah benar setakat ilmu tersebut dan ia tidak akan membawa pengamalnya kemana. Barangkali ia akan menambahkan lagi pencemaran rohaniah.
Agama Buddha murni menjauhi perkara-perkara ini dan adalah satu usaha membersihkan diri dari pencemaran-pencemaran tersebut.
*saya penganut Buddha :)
Terima kasih komen tuan.
Maaf, kesilapan tak sengaja (Dalam beramai-ramai penganut agama Buddha, yang auta juga tuan ketengahkan).
Post a Comment