Monday, August 27, 2012

Bunuh Diri, Lagi Hasil Tarbiah Judi UMNO Jahiliah..


Inilah bentuk tarbiah pemikiran UMNO
KL: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).

Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

“Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.

“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak. (myMeto)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hasil dari produk tarbiah UMNO sejak 55 tahin merdeka. Bermula dari Loteri Kebajikan Masyarakat (sejak zaman PM M'sia pertama yang menipu rakyat mengatakan judi loteri itu sebagai 'kebajikan'), empat nombor ekor, judi bola, TOTO, kasino Genting Higland dan segala macam perangai syaitan termasuk judi internet yang masih tiada kawalan ketat, sekarang.

Pemikiran otak penjajah jahiliah inilah yang disogok ke dalam kepala rakyat.UMNO (Melayu Islam) tidak akan lepas dari tanggungjawabnya di akhirat.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

1 comment:

  1. iman masih kuat???? kepala bapak nenek engkau la iman kuat.... kalau iman kuat takla main judi bodoh, kalau li mampos lagi baik, sebagai contoh kepada orang lain. anak? rumah kebajikan boleh bela... bini? bangla dan indon ada bersepah untuk sapu!!!!

    ReplyDelete