(REUTERS/Fayaz Aziz)
ORANG ramai di suatu kota di Pakistan membakar seorang lelaki hingga tetkorban. Dia diseret paksa oleh mayarakat dari pejabat polis setempat kerana menghina agama dengan membakar kitab suci. Menurut berita BBC, Rabu 4 Julai 2012, peristiwa itu berlangsung di pinggir kota Bahawalpur, provinsi Punjab, Selasa lalu.
Menurut saksi, kira-kira ratusan orang hanya melihat korban yang berteriak minta tolong semasa tubuhnya dijilat api. "Dia nampaknya tidak tahu apa yang sedang terjadi. Selama ditahan, dia tetap tertawa dan bernyanyi," ungkap seorang petugas, Rabu 4 Julai.

Orang ramai berbondong-bondong datang ke pejabt polis tempat lelaki itu ditahan. "Mereka menuntut kami membunuh dia di depan umum, atau mereka akan membawa dia dan membunuhnya," kata Inspektur Polisi Gholam Mohiuddin.
Polis gagal menenangkan orang ramai kerana mereka berjumlah banyak. Pihak keamanan mengaku tidak berdaya setelah orang ramai menyerang pejabat mereka dan mengambil paksa lelaki yang dituduh membakar kitab suci. "Kami kalah jumlah. Mereka akhirnya membawa dia secara paksa," kata seorang polis.
Setelah dipukul beramai-ramai, lelaki itu akhirnya disiram petrol, dibakar hidup-hidup hingga mati. Tidak ada yang ditahan atas kes tersebut. Di Pakistan, penghinaan agama mahupun penodaan atas simbol agama merupakan perbuatan yang sangat tercela dan berlanjut pada hukuman mati. Namun kes begitu jarang terjadi.(IH)
No comments:
Post a Comment