Saturday, August 11, 2012

Haiwan-haiwan Ini Pun Berpuasa..

Wanita-wanita dari kaum Badwi.. Unta antara binatang yang berpuasa banyak membantu mereka..
UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

BERPUASA bukan hanya dilakukan manusia, tetapi haiwan pun ada yang berpuasa. Haiwan-haiwan tersebut biasanya berpuasa bukan disaat tertentu saja melainkan kerana memang seperti itulah cara hidup mereka.

1. Ular

Sebenarnya, haiwan melata ini terkenal rakus kerana mereka mudah memakan haiwan apa saja. Bahkan ular-ular besar sejenis Piton atau ular sawa sanggup melahap anak kerbau untuk sekali telan. Untuk mengolah makanan hasil tangkapannya, perut ular memerlukan waktu yang lama. Selama masa pengolahan itulah, ular tahan tidak makan atau berpuasa selama berhari-hari, bahkan sampai 2 hingga 3 minggu. 

Ular terhitung mulai berpuasa ketika dia memakan mangsanya. Setelah mendapatkan mangsanya, biasanya ular tidak melakukan aktiviti apa-apa. Ular akan mencari tempat bersembunyi, lalu berdiam diri saja. Pada saat berpuasa, biasanya ular menjadi lebih sabar, berkurang ganasnya, dan tidak mudah marah oleh godaan atau gangguan kecil. Saat mengakhiri puasanya, ular akan berganti kulit dan kemudian menjadi ular sebagaimana lazimnya.

2 Ikan Salmon

Habitat ikan salmon sebenarnya ada di lautan. Namun biasanya, ikan salmon secara bergerombolan akan berimigrasi ke air tawar dengan salah satu tujuannya adalah untuk bertelur. Migrasi yang harus menempuh jarak ribuan mil itu membuat ikan salmon harus berpuasa dari makanan selama berbulan-bulan. Kerana dalam perjalanan yang panjang dan sulit itu mereka tidak memiliki waktu untuk makan. 

Cadangan lemak dalam tubuhnya merupakan sumber makanan yang akan memberi kekuatan mengharungi perairan hingga mereka sampai ke sungai. Pemakaian cadangan lemak tubuh ini akan menyebabkan perubahan sisik pada ikan salmon. Mereka menjadi ramping dan gesit, sehingga mampu melarikan diri dari jaring penangkap ikan atau lari dari sergapan haiwan pemburu lain. Namun pada kondisi ini, banyak juga ikan salmon yang mati kerana luka atau keletihan sehingga akhirnya hanya sedikit yang berjaya sampai ke hulu sungai.

3. Kukang


Kukang juga merupakan haiwan penggemar kegiatan berpuasa. Primata terkecil di dunia yang dilindungi kerana terancam punah ini terkenal sebagai pemalas. Kegiatan sehariannya hanya tidur dan menggantung di atas pohon. Walau suasana di sekitar kukang tersebut penuh keributan, tetapi haiwan yang beraktiviti di malam hari tersebut tetap dapat bertahan tidur hingga seharian penuh tanpa memakan apapun. Jika perutnya sudah benar-benar lapar, barulah ia bangun untuk mencari makanan.

4. Unta


Kekuatan berpuasa unta lebih dahsyat lagi! Hewan padang pasir ini terbiasa tidak makan dan minum selama 3 minggu sambil berjalan berpanas-panas melintasi padang pasir yang gersang. Unta menjadikan punuknya sebagai tempat menyimpan air dan makanan yang ia telan. 

Sedikit demi sedikit lemak di punuk tersebut akan ia gunakan sebagai sumber energi. Itulah sebabnya, setiap unta berpuasa, akan kehilangan 33% berat tubuhnya. Jika punuknya nampak kempes, bererti persediaan makanan di tubuhnya mulai menipis. Saat unta mulai merasa haus, unta dapat meminum ratusan liter air hanya dalam waktu singkat.

Begitulah antara binatang-binatang yang berpuasa. Semuanya mengungkap rahsia keangungan Ilahi, bagi otak yang mahu memikirkan. Allahu akbar. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails