SHAH ALAM : Sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim, bekas suami Abb Abadi dan Memey Suhaiza, isteri Norman kini, bersama Abby Abadi sendiri. Tetapi kini gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung di atas, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini.
Rupanya, bulan Ramadan mulia namapaknya telah menyatukan keluarga ini. Apa lagi bila Abby telah menyertai parti Islam dan sudah berhijrah ke arah hidup baru dalam kejerihan.
Norman menurut Sinar Harian Online hari ini berkata, dia (Norman Hakim bekas suami Abby) sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."
"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.
Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.
Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.
“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.
“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.
“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya.
Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.
Alhamdulillah, semuanya adalah hasil dari fidhilat berhijrah dari gelap menuju terang, menuju kepada penghayatan Islam sepenuhnya termasuk berpoltik menurut Islam. atau menyertai PAS. (IH)
8 comments:
hek eleh, gambar bertiga normal abby and memey tak tunjuk pulak. apsal? sebab gambar tu tangan norman hakim atas bahu abby? hipokrit !! hijrah tahi kucing la ! same je dgn tuan punya blog ni.
Iblis memang tak suka manusia jadi baik.
Abu di atas..
Gambar bertiga bersama Abby (kononnya), lu tak caya Hijrah. Tuduh hipokrit.
Gambar bini PM tak hijrah, bergelumang dengan maksiat berpeluk dengan jantan kafir lu tak komen? Memang dasar UMNO pekak lu!
abu,perangai ko sama je dgn pencacai UMNO.Kisah nk mengungkit kisah lama org lain.Mereka tidak hipokrit,kamu tu yg munafik
padan muka abu tu..dia masih bersama lembu ijat..pakaikan utusex sebagai baju dia dan tv3suku sebagai mata dia...saya terharu tengok dah eloknya abby dgn memey tu dan bersama norman tu ...mudah2an semuanya akan tinggalkan umno mereput busuk tu
agaknya si abu tu syok kat abby tapi abby x layan...abu frust la kan.
abu..abu...namanya pun dah ABU.
Hahaha abby sekarang ni dah selamat dah.. kalau dier buat dosa pun org pakatan akan backing... Lu nak compare ngan bini PM apahal... lain la kalau abby tu artis ke org umno ke bole la lu compare.. Ini dier konon2 dah jd ustazah tp masih rela diri dipegang dengan org bukan muhrim.. apa sudah jd..
p/s- haha org pas tak nak terima hakikat
mANA GAMBARNYA TU?
Post a Comment