KL: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap
kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum
beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.
Menurutnya, Soli Lek
sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan
seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan
negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang
kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam
akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat
masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca
respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA
yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud,"
tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai
respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi
pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam
isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak
hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan
mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau
dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil
untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus
tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang
hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum
ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila
mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di
Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun
tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN
sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu
sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan
itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,
beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas
melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya. (Hrkh)
banyak songeh betul..buat jela..nk tunggu respon orang tu orang ni..benda baik terus buat je..tak payah nk penin-penin..
ReplyDeleteanonymous diatas, ini la cara yang betul..dah tu, umno dok menyalak dgn tun mahadet yg juga bsing suruh bentang hudud kat parlimen tu... ha apa cer sekrg ni bila geng baik depa mca kutuk hina hudud.. membisu seribu bahasa.. mana tok guru lah samaah pondok genting... tak kluar fatwa baru ke? org bijak, tak melatah... tp berfikir dulu... tak mcm org2 umngok....
ReplyDeleteJgn disebabkan org bukan islam kita tak jadi laksanakan hukum islam..nk salahkan org tu org ni..sampai bile?
ReplyDeleteBukan salah bukan Islam, UMNO yang salah, ada kuasa tak mahu buat hudud, salahkan PAS pula.
ReplyDeletePAS nak buat di Kelantan Presiden UMNO yang halang. Pura-pura nak buat di Johor pula, sudahlah, orang tahu siapa UMNO, anak didik dan barua penjajah!
alih perhatian nampak tok Garu DAP ni....
ReplyDelete