Sunday, August 12, 2012

Jaga, Cermin Mata Tambah Kelabu, Kerana Seks..

Umat Yahudi Ultra-Ortodoks 
Umat Yahudi Ultra-Ortodoks (Reuters)

PENGGUNA
SEBUAH cermin mata sebenarnya digunakan seseorang untuk memperbaiki penglihatan mereka yang kabur atau kurang baik. Namun, kelompok Yahudi Ultra-Ortodoks di Israel membuat kacamata yang menjadikan pemakainya tambah kelabu.

Diberitakan Al-Arabiya, beberapa komuniti Yahudi Ultra-Ortodoks di negara zionis mulai memasarkan kacamata ini untuk menjaga kaum lelaki dari memandang wanita berpakaian seksi. Kacamata ini dibuat dengan tambahan stiker kelabu di setiap lensanya.

Pemakai kacamata ini hanya dapat  melihat jelas beberapa meter ke depan, namun pandangan jauh sangat kabur. Kacamata jenis ini dijual dengan harga yang murah, sekitar US$6. Belum diketahui berapa yang sudah terjual.

Tidak hanya itu saja, demi menjaga pandangan lelaki yang bekerja di luar, komuniti Yahudi ini membuat semacam tabir sampingan yang dipasang di kacamata. Sekilas, model seperti ini mirip cermin mata untuk kuda. Kaum Yahudi Ultra-Ortodoks di beberapa wilayah di Israel dianggap meresahkan warganya. 

Demi alasan ajaran agama, secara semena-mena mereka memasang sekat-sekat anti wanita di jalan-jalan. Mereka memisahkan tempat duduk antara wanita dengan lelaki di bas, trotoar dan di berbagai ruang publik. Selain itu, mereka juga tidak segan-segan menghardik dan sering terlibat perselisihan dengan wanita dan warga biasa kerana melanggar ajaran agama. Mereka memerintahkan wanita mengenakan pakaian yang menutupi leher, tangan dan skirt panjang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa jadi begitu? Kerana zionis sekarang sudah lari dari ajaran Yahudi mereka yang asal. Sudah ada cermin mata nampak telus, lintas melepasi berpakaian. Walaupun berpakaian, tapi nampak bogel. 

Sehingga berlaku pemberontakan dalam pemikiran beragama mereka. Apakah hal ini juga berlaku dalam agama Islam, penyebab timbulnya apa yang disebut golongan pelampau? (IH)

2 comments:

  1. kalau ulamak yahudi mampu buat cermin mata kelabu untuk lindungi keimanan, bagimana pula ulama islam malaysia mampukah berbuat demikian. Ulamak malaysia sekadar ceramah sahaja...

    ReplyDelete
  2. as'salam,

    tidak perlu cermin bagai macam tu.

    islam dah ajar kita mcm mane nak jaga iman, antaranya tundukkan pandangan mata & lain2..

    ReplyDelete