Monday, August 13, 2012

Kaji Rakyat K'tan Miskin, Negeri Lain Bagaimana?

 Nik Aziz MB Kelantan bersama rakyat..

TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.

Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.

Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.

“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kaji kemiskinan rakyat Kelantan, Al-hamdulillah, bagus! Negeri lain patut buat juga, takkan di negeri lain tiada rakyat yang miskin?

Lihat di bawah ini, bukan rakyat hanya di Kelantan sahaja, diangkat dari http://wargamarhaen.blogspot.com

Renungan : Beza rumah pemimpin dan rumah rakyat di Malaysia


 Ini Rumah pemimpin berjiwa rakyat


 
Ini lagi rumah pemimpin yang berjiwa rakyat


Umno dulu , kini dan selamanya
Biarpun miskin kami tidak menagih wang ehsan kami mahu royalti hak kami
ada pemimpin tapi kaki rasuah
ada pemimpin tapi kaki songlap duit rakyat
ada pemimpin tapi lupa diri tak ingat rakyat miskin
Ada pemimpin tapi gila kuasa sampai rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin tapi hidup berpoya-poya bermewah-mewah lupa
pada rakyat miskin
Ada pemimpin bodoh agama tak takut tuhan tak takut azab neraka
tanggungjawab pada rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin kaki judi wang berjuta dihabiskan diluar negara
rakyat miskin bersusah payah mencari sesuap nasi
Pemimpin hidup bersuka ria rakyat miskin hidup dalam derita
Rumah pemimpin bagai istana rumah rakyat miskin pondok buruk
Hidup pemimpin serba cukup hidup rakyat miskin serba kurang
Ada pemimpin kaki perempuan hidup rakyat di abaikan
Ada pemimpin kaki arak tak peduli rakyat yang miskin
Ada pemimpin pecah amanah simpan wang berjuta diluar negara
negara luar kaya raya negara sendiri rakyat merempat
Ada pemimpim berebut jawatan rakyat diperbodohkan
Ada pemimpin hanya pandai bercakap tapi cakap tak serupa bikin
Ada pemimpin namanya islam tapi perangainya seperti yahudi
Ada pemimpin sanggup menipu demi mengekalkan kuasa
rakyat miskin tidak diperdulikan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails