Monday, August 06, 2012

Lagi 28 GRO Ditahan, Bukti BN Tak Mampu...

KUALA LUMPUR – Sebuah premis hiburan di Bandar Manjalara, Kepong di sini, menawarkan khidmat pelayan wanita berkulit putih dan gebu untuk menarik minat pelanggan.

Pelayan itu berpakaian seksi menemani pengunjung menari serta minum. Bagaimanapun, premis yang baru beroperasi tiga bulan itu diserbu polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Sentul, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam serbuan itu, polis menahan 28 wanita warga Vietnam, berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun, yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO). Katanya, seorang lelaki dipercayai penjaga premis, berusia lingkungan 30-an, turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Ketika serbuan, sebahagian daripada mereka bertindak agresif dan cuba melarikan diri melalui pintu rahsia yang disediakan oleh pemilik premis berkenaan.
“Bagaimanapun, kita bertindak pantas dan dapat menghalang mereka daripada meloloskan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Zakaria berkata, premis ini beroperasi tanpa lesan dan pemilik masih berdegil walaupun pernah dua kali diserbu sebelum ini. Katanya, pemeriksaan mendapati, 25 wanita menyalahgunakan pas lawatan manakala selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mereka masuk ke negara dengan menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja secara haram di premis ini,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan wanita yang ditahan ini turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis. Semua yang ditahan dibawa ke IPD Sentul untuk proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Koemen Weblog Ibnu Hasyim:  Satu bukti lagi bahawa keajaan Barisan Nasional tidak mampun menyelesaikan masalah GRO di negara ini, walaupun BN berkuasa penuh memerintah negara..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails