Antara penis dijadikan santapan.
JOM KREATIFADA sebuah restoran di Beijing bernama Gualizhuang. Di restoran ini, anda akan disajikan berbagai menu makanan unik, iaitu penis atau aalat kelamin. Ya, seluruh menu masakan yang ada di restoran ini dibuat dari penis. Bukan penis manusia, tetapi penis dari berbagai macam binatang yang ada.
Banyak orang China mempercayai bahawa alat kelamin binatang dapat meningkatkan keperkasaan untuk lelaki dan memiliki khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita. Sebab itu, sejak di buka di jalan Dongsishitiao tahun 2006 silam, populariti restoran ini dengan cepat menyebar ke seluruh penjuru negera.
Alat kelamin yang digunakan pun mulai dari penis lembu,
penis kambing, penis kuda hingga penis monyet. Jika anda ingin
merasakan khasiat lebih, anda boleh dapatkan menu mentah, macam sushi.
Tidak sebarang orang masuk ke restoran ini. Pihak restoran melarang remaja di bawah 15 tahun menikmati makanan di tempat ini kerana hormon yang terkandung di dalamnya dapat mempengaruhi pertumbuhan alami mereka. Kebanyakan dari pelanggan adalah kalangan pebisnis dan pegawai kerajaan.
Hampir seluruh menu makanan di tempat ini berharga mahal.
Namun diantara semuanya, ada satu menu yang dianggap paling spesial,
yakni penis harimau. Untuk menu yang satu ini, pelanggan perlu bayar lebih dari USD 1,500 dan memesan beberapa bulan sebelumnya.
Kreatifkah restoran ini? (IH)
No comments:
Post a Comment