KINI masuk bulan sambut merdeka. Sudah masuk 55 tahun Malaya merdeka dari penjajah. Padaku, walau perjajah sudah pergi, tetapi pemikirannya masih berselaput dan berselepet dalam kepala otak penduduk dan pemimpin pribumi atau bumiputera. Pemikiran bumiputera yang menjadi barua dan talibarut penjajah itu, kadang-kadang berlagak lebih tuan dari tuan penjajah mereka.
Maaf, bunyinya agak kasar. Tapi kasar lagi penjajah berkulit sawo matang yang memaksakan pemikirannya ke atas rakyat negara ini. Mereka menyekat orang Islam melaksanakan agamanya yang syumul di negaranya sendiri. Mereka paksakan perundangan 'made in England' menggantikan perundangan Islam seperti 'hudud', menseleweng tafsiran perkataan 'agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan)', dengan pandangan sekularisme 'tuan mereka' di barat, sambil mengenepikan erti agama (way of life) menurut Al-Quran dan Islam.
Kereta yang ku pandu ini, melalui Jalan Gurney, kerana aku dijemput menghadiri suatu majlis pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia, di Chow Kit Kuala Lumpur. Maaf aku masih tersasul menyebut Jalan Gurney, yang sudah ditukar namanya kepada Jalam Semarak, puluhan tahun lalu.
Sebut Jalan Gurney, teringat aku kepada otai mereka yang otaknya dijajah. Iaitu Sir Hendry Gurney. Siapa dia? Sir Henry Gurney. adalah Pesuruhjaya British Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1951. Kalau sekarang jawatannnya macam Perdana Menteri. Digambarkan dalam Buku Teks
Sejarah Tingkatan 3 di negara ini, memujinya sebagai seorang yang berjaya mengekang pengaruh
komunis di Tanah Melayu.
Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya.
Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM (Parti Komunis Malaya) semasa dalam perjalanan ke Bukit
Frasier. Sebenarnya, ramai tidak sedar perlantikan Sir Henry Gurney sebagai
Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin,
selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya?
Dia bertanggung jawab membawa pendatang Yahudi
masuk ke Palestin dari Eropah, menghalau dan membunuh rakyat
Palestin dari bumi mereka sendiri. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun, kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat. Peristiwa Dier Yasin (Mei 1948) yang meragut
nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry
Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu
Oktober 1948. Dia dibunuh
di sini dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Malangnya, namanya di sanjung oleh kuncu-kuncunya di sini. Jalan dan
sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun
diberi papantanda. Bengong!
Selepas baca artikel ini, diharap guru sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney sebagai seorang penjenayah dan bapak penjajah di Tanah Melayu.
Begitu juga di tahun 70an dulu, buku Tawarikh (Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau 'menghapuskan kejumudan' orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki, gantikan azan dalam bahasa Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah.
Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah dituduh sebagai Kerajaan zalim dan mundur. Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki. Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh (Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita, semasa kita sudah merdeka.
Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris.dulu. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan, bukannya pejuang pembebsan ke arah Islam agama fitrah.
Yang jelas, walaupn perjajah sudah pergi, tetapi pemikirannya masih berselaput dan berselepet dalam kepala otak penduduk pribumi atau bumiputera. Semasa saya berada di majlis pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia, di Chow Kit Kuala Lumpur itu, seorang bekas Anggota GAM (Gerakan Aceh Merdeka) bertanya pandangan saya mengenai pengisian setelah GAM melalui PA (Parti Aceh) telah menguasai pemerintahn sendiri, seolah-olah merdeka..
Kata saya,
"Yang penting perjuangan kebebasan tidak akan berhenti, selagi agama fitrah (Islam) ini tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya, menguasai politik, ekonomi dan sosial.. seperti yang dikehendaki oleh agama itu sendiri, tidak kira di mana kita berada.. Malaysia, Indonesia, Aceh bahkan seluruh antero dunia, dari kutub utara sampai selatan, timur juga barat.
Tiada merdeka, selagi otak penjajah masih berselaput dan berselepet menggerhanai 'La ilaha Illallah'!"
Allahu 'aklam.
Mane2 yang pakai demokrasi tu dari penjajah ler..
ReplyDelete