Wednesday, August 08, 2012

P'raya Maxico: Wanita Guna Teknik 'Bogel Dada'

Natalia Juarez dalam iklan kampanye
 Juarez tampil dengan 'bogel dada' 
 
Ini 'bogel dada' juga tapi lihat keterangan di bawah...

GUADALARAJA: Banyak cara dilakukan calon anggota Kongres untuk mendapatkan suara dan perhatian. Namun, usaha yang dilakukan calon anggota Kongres Mexico, Natalia Juarez sangat berbeda dengan yang lain.

Jika calon pilihan raya lain biasanya mempromosikan program mereka, Juarez tampil dengan berbogel dada dalam kempennya.

Ia berpose topless dalam sebuah papan iklan besar yang dipasang di  kota terbesar kedua di Mexico, Guadalaraja yang terkenal konservatif. Profesor filsafat dari UniversitI Guadalajara itu tampil provokasi dalam iklan yang dibuat untuk kempen. Ia bersama dengan enam rakan wanita lainnya, berdiri dengan hanya pakai seluar panjang saja. Sementara tangan kanannya menutupi bahagian dada mereka.

Diakui politik dari Revolusi Demokrat ini, ia memang berusaha untuk melakukan kempen luarbiasa. "Ini suatu usaha kempen berbeda, kempen mengajak orang ramai supaya berani dedahkan siapa dan komitmen mereka.." kata Juarez seperti dikutip dari Daily Mail.

Foto yang dipasang di papan reklame itu juga akan disebarkan oleh team kempen wanita berusia 34 tahun tersebut kepada masyarakat setempat. Tentu saja, aksi Juarez tidak berjalan lancar Apa yang dilakukan Suarez mendapat kecaman dari kubu lawan. Tetapi, hal itu tidak menggentarkan Juarez. Ia santai dalam menanggapi protes tersebut.

Ia juga menambahkan, kalaupun ia berpakaian tertutup, pihak lawan tidak akan memilih juga. Pilihan raya di Mexico, untuk pemilihan anggota Kongres dan Presiden akan diadakan pada 1 Julai mendatang. Apakah Juarez yang berkempen menggunakan teknik 'bogel dada' untuk dapatkan kursi mewakili kawasan Jalisco 8 itu akan terpilih? Kita tunggu saja! (IH)

Bogel Dada Kerana Sejuk Malampau.

Di Moscow, beberapa aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom. Mereka mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.

Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu. Namun, tidak lama kemudian mereka diusir keluar oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom. (2012)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails