Monday, August 13, 2012

Presiden Mesir Arah ketua Tentera Bersara Awal

Mohammed Mesir diberi penghormatan pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi mengarahkan persaraan ketua tentera yang berpengaruh, Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi - dua bulan selepas beliau dipilih sebagai ketua baru Mesir. Jurucakap Presiden berkata, deklarasi yang bertujuan mengekang kuasa presiden juga telah dibatalkan.

Laporan media menyebut masih belum jelas sama ada Mohamad yang turut dilucutkan sebagai Menteri Pertahanan akan menerima keputusan itu. Mohammed mengangkat sumpah sebagai Presiden baru, yang dipilih menerusi pilihan raya selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun, pada Jun lalu.

Ikhwanul Muslimin, yang dianggotai Mohammed, melalui hubungan yang tegang sejak Hosni jatuh dari tampuk kuasa menerusi kebangkitan rakyat. Mursi telah menamakan Fil Marsyal Abdul Fatah Khalil al-Sisi sebagai Menteri Pertahanan yang baru dan ketua Majlis Agung Angkatan Tentera, demikian menurut Nile TV. Abdul Fatah merupakan ketua risikan tentera sebelum ini. (SH)

Lihat sebelm ini..
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

No comments:

Post a Comment