Sunday, August 12, 2012

Singkap Pembunuhan 5 Ogos 16 Tentera Mesir

(Peristiwa 5 Ogos yang membunuh 16 tentera Mesir)

GAZA: Tidak lama selepas pembunuhan 5 Ogos dimana 16 anggota tentera Mesir berhampiran sempadan Mesir dan Gaza, pegawai-pegawai Mesir, Israel dan Amerika Syarikat menentukan bahawa penyerang-penyerang itu adalah sebahagian daripada "kumpulan pelampau" – yang masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut maklumat rasmi, penyerang-penyerang itu menembak AK-47 ke arah askar kerahan dan pegawai tentera ketika mereka sedang bersedia untuk berbuka puasa. Lapan dari penyerang  itu terbunuh dalam pertempuran berikutnya, di mana sebelum itu mereka merampas kereta perisai pihak tentera dan gagal dalam cubaan menyeberangi sempadan Mesir-Israel.

Bagaimanapun, untuk para pemerhati, kenyataan rasmi itu nampaknya terlalu kemas.  Kerajaan Mesir jarang membuat kesimpulan yang cepat mengenai apa-apa perkara melainkan apabila pemimpinnya hendak menyembunyikan sesuatu, yang biasanya berakhir dengan cerita separuh masak yang ramai orang cenderung untuk tidak mempercayainya.

Kisah tentang satu kumpulan militan adalah sesuatu cerita yang sesuai dimainkan, meninggalkan wartawan, pengulas, dan rakyat Mesir yang skeptikal dengan dua teori: sama ada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of Armed Force) dan perisikan Mesir merancang operasi tersebut untuk memalukan presiden baru Mesir, Mohamed Morsi.

Atau kedua, Mossad Israel sendiri melakukannya - dakwaan tidak berasas yang diajukan oleh Ikhwanul Muslimin sendiri. Namun, apa yang tidak jelas dalam semua spekulasi ini adalah, kesan politik yang penting tetapi tak terjangka-jangka. Apa yang membuatkan insiden Rafah lebih menarik daripada serangan sebelum ini di Sinai - yang telah banyak kali berlaku – adalah potensinya untuk memecahkan jalan mati politik Mesir.

Pada mulanya, kelihatan seolah-olah Morsi akan menanggung kesalahan serangan itu walaupun dia memberi retorik yang sukar pada awalnya. Malah, beliau tidak menghadirkan diri untuk pengebumian anggota tentera yang terkorban, mendakwa bahawa kawalan keselamatan untuk dirinya akan menggangu proses perkabungan itu.

Penunjuk perasaan pula mengejar Hisham Qandil, Perdana Menteri yang dilantik Morsi, dari upacara perkabungan dengan membaling kasut.  Selasa lalu, ramai beranggapan bahawa karier politik Morsi telah berakhir. Namun, 24 jam selepas itu segalanya telah berubah.

Ia mungkin sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila pelbagai parti politik, puak dan kumpulan di Mesir, akan cuba untuk memanfaatkan keganasan di Rafah sebagai kelebihan politik mereka. Pergerakan 6 April, Kefaya, dan kumpulan-kumpulan lain yang kurang terkenal mengambil peluang ini untuk menggilap kembali imej politik mereka yang semakin pudar.

Mereka menganjurkan satu bantahan namun ternyata bantahan itu tidak mendapat sambutan.  Mereka berarak berhampiran kediaman duta Israel, mendakwa Mossad bertanggungjawab atas serangan tersebut, tampak sungguh ironi  melaungkan perpaduan kepada pasukan keselamatan yang digelar umum sebagai syaitan.

Walau bagaimanapun, pada akhirnya, bantahan ini hanyalah persembahan sampingan untuk drama utama politik Mesir, pertembungan antara Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Ikhwan Muslimin. Selepas berbulan-bulan, kelihatan bahawa pertembungan ini tidak mempunyai pengakhirannya. Ikhwan masih mengekalkan idea-idea tentang masyarakat yang masih bergema di minda rata-rata rakyat Mesir tetapi sangat sedikit cara-cara praktikal untuk mengubah idea-idea ini menjadi kenyataan.

Tentera pula adalah imej berlawanan kepada Ikhwan. Pegawai-pegawai tentera tidak mempunyai pandangan sedunia yang koheren dan menarik, tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk mencegah mereka yang mempunyai pandagan tersebut dari mengumpul sokongan dan mengubah sistem politik. Hasilnya ialah Mesir menemui jalan buntu, yang dibayangi dengan siri tawaran taktikal politik yang akan bertahan sehinggalah keadaan mendesak Ikhwan dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera mencari kata putus.

Tetapi pembunuhan Rafah mungkin kurang berjaya dalam agenda sebenarnya.  Sejauh mana pun kedudukan Morsi kelihatan lemah, beliau mempunyai dua kelebihan yang berbeza yang membolehkan beliau menukar pembunuhan Rafah kepada kelebihan politik beliau:

Pertama, ketidakcekapan Mejar Jeneral Murad Muwafi, ketua Perkhidmatan Perisikan Am, dan kedua, hakikat bahawa Morsi adalah  adalah presiden hasil lantikan popular warga Mesir. (Hrkh)

Lihat sebelum inin..

No comments:

Post a Comment